Tips Pengantin : 7 Perkara Paling Ditakuti Pengantin Pada Majlis Perkahwinan, No 3 Tu ‘Nightmare’!

Spread the love

Setiap pasangan pengantin pastinya menginginkan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna. Segala senarai semak dibuat dengan teliti agar semuanya terurus dan berjalan seperti yang diinginkan. Namun begitu, kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan. Walaupun persiapan rapi dibuat, namun masih ada perkara yang boleh berlaku dan boleh menjejaskan majlis perkahwinan.

Jom kita lihat perkara yang paling ditakuti oleh pengantin semasa majlis perkahwinan berlangsung!

 

1. MAKANAN TAK CUKUP
Ini merupakan salah satu perkara yang paling ditakuti oleh pasangan pengantin. Walaupun bajet dan jumlah tetamu telah dibuat, namun perkara ini boleh berlaku. Mungkin pihak pengantin telah membuat makanan lebihan, namun ia masih tidak mencukupi. Manakan tidak, sekiranya satu keluarga yang datang melebihi 5 orang, pastinya makanan tidak mencukupi.

2. MAKEUP TAK CANTIK
Perkara ini selalu menjadi igauan mimpi bagi setiap wanita. Pastinya setiap wanita ingin tampil cantik di majlis perkahwinannya. Solekan yang tidak menjadi boleh menyebabkan pengantin itu hilang seri dan kelihatan aneh. Oleh itu, anda perlu mencari jurusolek yang boleh dipercayai dan jika perlu, buat test makeup dahulu sebelum majlis perkahwinan berlangsung.

 

3. PENGANTIN TAK DATANG
Perkara ini merupakan mimpi ngeri bagi pengantin itu sendiri. Manakan tidak, setelah semua persiapan perkahwinan telah dibuat, bakal suami/isteri anda tidak datang. Kumpulan kompang sudah bersedia dan semua tetamu menunggu ketibaan pengantin namun tidak muncul-muncul tiba. Telefon tidak berjawab dan mulalah hati menjadi gundah gelana.

Rupanya talian telefon di luar kawasan dan pengantin pula tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Haish! Bikin Suspen.

 

4. PELAMIN RUNTUH
Sedang elok pangantin sedang bersanding duduk atas pelaminan cinta, tiba-tiba pelamin runtuh. Perkara ini amat ditakuti oleh pasangan pengantin. Walaupun pelamin tampak gah dan tersergam indah, pastikan ia kukuh dan selamat untuk digunakan.

 

5. HARI HUJAN
Hujan merupakan rahmat dari Tuhan yang perlu disyukuri. Namun begitu, hujan juga merupakan perkara yang ditakuti oleh setiap pengantin. Ini kerana, hujan boleh membantutkan acara dan keseluruhan majlis perkahwinan. Tambahan lagi bagi pasangan pengantin yang melakukan perkahwinan outdoor. Oleh itu, sebelum menetapkan tarikh sesuatu majlis perkahwinan, pastikan tarikh yang dipilih bukan berada di musim hujan.

 

6. BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK TERPUTUS
Perkara ini juga merupakan perkara yang ditakuti oleh pengantin di majlis perkahwinan.

Bekalan air dan elektrik adalah sumber yang penting untuk melakukan majlis perkahwinan.


Cuba anda bayangkan, sekiranya bekalan air dan elektrik terputus. Pastinya semua persiapan boleh tergendala dan menyebabkan kecelaruan.

 


7. BAJU TAK MUAT
Baju tidak muat jugak ditakuti oleh pengantin terutama wanita. Saat ingin menyarungkan busana impian, baju pula tidak muat. Padahal sudah beberapa kali membuat fitting sebelum majlis berlangsung. Saat-saat akhir dan genting seperti ini boleh membuat semua pengantin sakit jantung. Oleh itu, sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung, cuba sarungkan dan membuat fitting utnuk kali terakhir bagi memastikan semuanya kelihatan sempurna.

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/7-perkara-paling-ditakuti-pengantin-di-majlis-perkahwinan-no-3-tu-nightmare/?fbclid=IwAR2B93yaj0GgGWLNuHCunl8s3OBCFF-nuYPEmOJ8RiOXygp6ZBunbC6fIMs

 

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *