Tips Pengantin : Kalau Nak Kahwin Kena Betul-Betul Sedia. Bukan Sekadar Cakap Di Mulut

Spread the love

Kahwin bukan benda main-main, sebab itu nak kahwin kena betul-betul bersedia. Paling penting dari segi kewangan. Nak permudahkan sesuatu hubungan bukan sekadar main cakap je.


Bila kau dah berkahwin esok. Separuh dari pendapatan kau akan dikongsi bersama, silapsilap lebih, pasal apa. Pasal rumah kau nak kena bayar sendiri, bukan macam rumah sewa semasa bujang, boleh share-share bayar.


Bil api, bil air, astro, kereta, barang dapur, pampers, susu, makanan kucing, pengasuh anak. Semua kau kena bayar sendiri. Apa lagi bila isteri kau tak bekerja. Kalau yang bekerja tu bonus la. Boleh juga bantu bila kau betul-betul susah. Itupun atas kerelaan dia. Bukan paksaan. Sebab tangungjawab tetap di bahu lelaki.

 

Oleh sebab tu cuba elak duduk dengan mertua, ipar duai makcik pakcik jiran. Tiada istilah tak mampu lagi nak sewa rumah sendiri. Cubalah keluar dari keadaan tu. Rezeki lepas berkahwin tu luas. Pasti ada. Kena usaha lebih lagi.


Kadang jadi punca masalah rumahtangga ni bila dah duk sebumbung macam tu. Yelah, segala kekurangan laki bini smua orang lain akan nampak. Mula mertua kata ni. Ipar kata ni. Dah gaduh laki bini. Pastu cerai. Hujung-hujung anak jadi mangsa. Bila jadi gitu ada dorag peduli?


So, duduk la sendiri. Sekurangnya makan pakai kau orang tak tau. Kau berdua je hadap. Tak la timbul isu adik perli itu ini, abg ipar bagi kakak 500 mana cukup dan macam-macam lagi.


Sumber:en. Norshahrizan

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/kalau-nak-kahwin-kena-betul-betul-sedia-bukan-sekadar-cakap-di-mulut/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *