Tips Pengantin : Selepas ijab kabul, ini adalah amalan sunat yang perlu pasangan pengantin baru perlu lakukan.

Spread the love

Berikut merupakan amalan-amalan sunat selepas selesainya ijab kabul.

 


1. Meletakkan tangan ke atas ubun-ubun kepala isteri lalu berdoa:


“Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya.” (Riwayat Abu Daud no.1260

 

2. Melakukan solat sunat 2 rakaat.


Kebiasaanya dilakukan oleh pengantin lelaki sahaja, walaupun begitu tiada larangan untuk kedua-dua pengantin laki-laki dan perempuan untuk lakukan solat sunat 2 rakaat secara berjemaah.


Cara untuk mengerjakannya ialah:


• Lafaz niatnya:
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala.”
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
• Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun. (tiada kewajipan membaca surah tertentu)
• Rakaat kedua:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas. (tiada kewajipan membaca surah tertentu)
• Membaca doa berikut selepas salam:

 


Bacalah apa-apa doa yang baik dalam bahasa arab mahupun melayu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Doakan semoga Allah berkati perkahwinan ini danm emberi kebaikan kepada kedua-dua pengantin.

 

3. Sujud syukur.


4. Selain itu, Prof. Wahbah al-Zuhaili juga menggariskan beberapa perkara sunnah dilakukan ketika majlis nikah : (Al-Fiqh al-Islami, jil 7, hlmn 122) iaitu:
Khutbah akad. 

 

Para hadirin membaca doa untuk pengantin.


Bernikah pada hari Jumaat.


Mengkhabarkan atau mengumumkan berita mengenai majlis perkahwinan.


Mengadakan kenduri perkahwinan (walimah)


Rujukan: www.muhdarifaiman.com

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/selepas-ijab-kabul-ini-adalah-amalan-sunat-yang-perlu-pasangan-pengantin-baru-perlu-lakukan/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *