Tips Pengantin : Cepatkanlah Bernikah, Sebab Masa Bertunang Ni Iman, Emosi, Nafsu Semua Diuji

Spread the love

Menurut Yusuf Al-Qardhawi menerusi majalah al-Ustaz, seseorang itu tidak mempunyai sebarang hak terhadap tunangannya selain hak untuk melamar (‘reserve’ dalam tempoh tertentu) supaya tiada pihak lain datang untuk meminang wanita tersebut.

 

HIKMAH MEMPERCEPATKAN NIKAH


Apabila tempoh pertunangan telah ditetapkan mengikut sekian waktu, memang tak hairanlah jika dugaan datang melanda. Bak kata orang tua-tua, waktu inilah mereka ‘berdarah manis’ dan mudah ditimpa dugaan.

Di sinilah hikmahnya Islam tidak menggalakkan tempoh pertunangan yang terlalu lama dan dilambatkan tanpa sebab yang relevan. Sebagai ibu bapa, kita juga perlu sedar bahawa syaitan sentiasa bersedia dari setiap penjuru untuk memulakan misi ‘mencucuk jarum’.

Sepanjang tempoh pertunangan, pelbagai perkara boleh berlaku akibat salahtanggapan atau bisikan hawa nafsu yang merajai diri.

Setelah berjanji mengikat kasih, banyak pula dugaan yang datang.

10 DUGAAN SEMASA BERTUNANG YANG BIASA DIHADAPI

Ini adalah antara cabaran yang perlu dilalui oleh mereka yang sedang menunggu tarikh keramat, iaitu hari pernikahan.

 

1. EMOSI TIDAK STABIL
Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk apabila sudah mengikat tali pertunangan.

Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira, dan ada yang asyik teringatkan tunangnya sedangkan ada yang telah lama mengenali hati budi masing-masing.

Semasa berkawan, mungkin anda tidak merasai betapa seriusnya hubungan ini, dan bagaimana komitednya anda terhadap perkahwinan yang bakal berlaku. Maka, mungkin sebab ini menjadikan anda resah dan gelisah.

Suami pulang lewat. Isteri gelisah, nafkah batin tidak dipenuhi.

 

2. CEMBURU BUTA
Oh ya, kadang-kadang ada juga yang tiba-tiba menjadi terlalu cemburu dan asyik mahu mengawal pergerakan tunang mereka. Ini adalah dugaan semasa bertunang yang biasa terjadi.

Sedangkan, lelaki ini belum lagi berhak dipatuhi oleh wanita tersebut sebelum melafazkan akad nikah. Begitu juga seorang wanita yang tidak berhak meminta sebarang bentuk tanggungan daripada pihak lelaki.

Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib menjaga pergaulan kita walau di mana kita berada, sama ada sudah bertunang ataupun belum.

Bekas suami gila talak. Cemburu aku bahagia.

 

3. TAKUT SALAH BUAT KEPUTUSAN
Antara fobia dan dugaan semasa bertunang, ada yang mula menampakkan ‘perangai’
sebenar. Jadi, anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda.

Menurut Suzana Ghazali, seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie, UndangUndang Kekeluargaan Islam menetapkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugi sekiranya sesuatu pertunangan diputuskan oleh pihak yang satu lagi tanpa sebab yang kukuh.

Maka, anda berhak menerima semula sebarang bentuk pemberian anda kepada si dia, lebihlebih lagi jika anda telah membelanjakan wang yang banyak untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

 

4. GANGGUAN ORANG KETIGA
Ada kes yang rumit di mana pihak yang ditunangkan itu menerima tanpa rela, atau tidak tahu menahu tentang perbuatan ibu bapa yang merancang pertunangan anak mereka. Tak cukup dengan itu, ada yang mula curang walaupun diri telah mengikat janji dengan tunang masingmasing.

Dalam hal ini, anda perlulah banyak bersabar dan mencari jalan penyelesaian dengan ibu bapa terlebih dahulu sebelum melibatkan orang luar. Selain itu, lakukan solat Istikharah untuk mendapatkan keputusan yang sewajarnya.

(Kisah Isteri Curang) Terlanjur dengan 3 lelaki kerana WeChat

 

5. TEKANAN KELUARGA & KELUARGA BAKAL SUAMI
Apabila sudah mengenali keluarga bakal pasangan, menetapkan wang hantaran, dan
sebagainya, mungkin ada terdetik rasa tidak senang terhadap keputusan mereka.

Walau apa pun, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang sedangkan kita belum
mengenali mereka sepenuhnya.

 

6. MASALAH KEWANGAN
Waktu inilah anda perlu berjimat-cermat dan mengumpul wang simpanan sebagai persediaan menghadapi alam rumah tangga.

Jadi, mungkin ada yang terpaksa ‘ikat perut’ dan menahan nafsu daripada berbelanja sesuatu mengikut kebiasaan.

 

7. MULA TAWAR HATI
Setelah bermacam-macam ujian datang menimpa, sesetengah daripada mereka mula tawar hati dan tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh pertunangan.

Selidik dahulu punca tawar hati dan cubalah selesaikan selagi boleh.

 

8. MENDEKATI ZINA
Selagi belum bernikah, kita masih lagi belum boleh bersentuhan dan berkelakuan seperti suami isteri.

Daripada Riwayat Tirmizi: “Tiada berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan syaitan yang ketiga.”

Selagi anda mengikut batas pergaulan yang ditetapkan dalam Islam, tiada apa yang perlu anda risaukan. Sesungguhnya, Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Segala peraturannya telah jelas untuk kita ikuti.

 

9. KESIBUKAN PERSIAPAN PERKAHWINAN
Sibuknya menjelang majlis pernikahan! Pada saat-saat akhir, tak mustahil ianya tidak berjalan seperti yang dirancang. Namun, semua ini adalah di luar kawalan kita.


Dugaan semasa bertunang antaranya boleh berlaku kesilapan teknikal dalam sebutharga, perubahan tempat majlis, baju nikah tak muat atau tersilap jahit, dan banyak lagi.

 

10. PERANCANGAN HALUAN HIDUP SELEPAS BERKAHWIN
Selepas berkahwin, ada yang terpaksa berpindah ke negeri lain. Jadi, terpaksalah bertukar tempat kerja, mencari rumah baru, dan sebagainya. Percayalah, ini semua baru permulaan kepada kehidupan rumah tangga yang lebih mencabar pada masa akan datang.

 

 

 

SUMBER : https://pesonapengantin.my/cepatkanlah-bernikah-sebab-masa-bertunang-ni-iman-emosi-nafsu-semua-diuji-2/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *