Tips Pengantin : Tanggungjawab Seorang Suami Teramat Besar, Bukan Sekadar Pergi Kerja – Dengar Perkongsian Menarik Ini

Spread the love

Suami isteri adalah satu hubungan yang istimewa Allah ciptakan kepada setiap hambanya.


Dikurniakan seorang anak adalah rezeki buat pasangan yang telah berkahwin. Namun, perlu diingatkan, penjagaan anak bukan sekadar si wanita sahaja perlu menguruskan segalanya.


Anda sebagai bapa juga perlu membantu dan melakukan bersama penjagaannya kerana itulah zuriat anda. Ikuti perkongsian dari Facebook yang bernama Qiey ini. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Ini gambar semalam, bawa puteri kesayangan ‘cek kuning’ di klinik kesihatan. Tiba² nurse tanya,


“Mana isteri awak? Tak datang ke”


Dalam hati aku, aik baru bersalin tak sampai 5 hari takkan nak bawa datang. Nurse pun minta Qiey duduk dulu di ruangan menunggu


Sambil tu nurse sempat bergurau…


“Weyh, laki datang sorang² dukung anak dari tadi lagi.”


Nurse lagi satu pun jawab,


“Fuh kalau laki aku ni memang takkan laa”


Baru Qiey sedar, ramai lelaki di luar sana yang masih belum sedar. Tanggungjawab sebagai seorang suami teramat besar, bukan sekadar pergi kerja sahaja.

 

Dalam tempoh isteri lepas bersalin, layanlah dia bagai bidadari. Sakitnya bersalin takkan mampu kita tanggung walau ada ‘sixpack’ sekalipun. Kesakitan yang teramat dahsyat itu hanya mampu ditanggung orang yang selalu kita anggap lemah.


Cubalah, ambil alih semua tugas isteri dalam masa beberapa hari lepas bersalin. Baru kita tahu betapa penatnya isteri menjalani kehidupan setiap hari. Ya, itulah isteri yang kita anggap ‘tidak bekerja’.


Kerja mereka sebenarnya jauh lebih penat dari anda. Mereka tiada ‘office hour’, mereka juga tak boleh claim ‘overtime’ walau kadang2 terpaksa bekerja sampai pagi ketika anak sakit.


Pesan Qiey, hargailah isteri anda. Mereka bukan ‘hamba abdi’, tetapi mereka bukti cinta abadi.


Qiey,
Surarumah sepenuh masa.

 

 

SUMBER : https://pesonapengantin.my/tanggungjawab-seorang-suami-teramat-besar-bukan-sekadar-pergi-kerja-dengar-perkongsian-menarik-ini/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *