Tips Pengantin : Dalam Ramai Lelaki Yang Jahat, Masih Ada Lelaki Yang Baik, Berusaha Gigih Untuk Laksanakan Tanggungjawabnya

Spread the love

Buat insan bergelar isteri. Walaupun kebanyakan isteri faham bahasa tubuh suaminya.


Andai seorang perempuan itu tahu sebab lelaki dicipta, pasti dia bersyukur kerana dicipta sbg perempuan.


Lelaki ni tak banyak cakap, sbb dia tak suka perbesarkan perkara yg kecil.
Lelaki ni tak banyak fikir, sbb dia taknak risau pada perkara yg belum tentu.
Lelaki ni byk tanggungjawabnya, sbb dia khalifah di mukabumi.
Lelaki ni tegas, sbb dia perlu memimpin seluruh keluarganya.
Lelaki ni, berat bebanannya, sbb dia perlu menggalas dosa setiap ahli wanita dlm keluarganya selagimana dia tak menegur & berusaha membetulkannya.


Dia tak pandai tunjuk kasih sayangnya, kerana padanya asalkan insan kesayangannya cukup makan pakainya, dia dah cukup gembira.


Dia tak minta dipuji, kerana padanya bukan itu yg penting.


Dia tak minta dibalas jasanya, kerana dia tahu semua jasa itu adalah tanggungjawabnya.


Dia sering disalah erti, kerana dia tak byk berbicara.


Bila dia bergaduh dgn kamu, lepas tu dia tegur kamu dulu, itu maknanya dia minta maaf. Jadi, terimalah maafnya sekadar itu kerana dia takkan sebut ‘saya minta maaf’.


Bila dia dah sakitkan hati kamu, lepas tu dia pandang kamu dgn lembut, bantu kerja kamu, itu maknanya dia pun kesal kerana dah sakitkan hati kamu.

 

Bila dia susah hati & runsing, dia tidur.


Bila dia termenung panjang, maknanya dia sedang dilanda masalah, jadi jgn serabutkan lagi fikirannya.


Bila dia marah, kamu diam. Biarkan dia.


Bila dia garang dgn anak² nya, bukan dia tak sayang. Dia tahu isterinya yakni ibu mereka akan pujuk anak²nya. Kerna dia nak anak²nya rapat dgn ibu mereka, kerna Syurga anak²nya di bawah kaki ibu mereka.


Ayah ni, dia nampak tak ambil berat tapi sebenarnya dia memerhati. Dia tahu setiap perubahan anak² tapi dia buat mcm tak nampak sbb dia taknak anaknya jadi manja. Tahu tak, dia bertanya setiap hal tentang anak² kpd isterinya. Dan ada masa dia juga yg bagi penyelesaiannya. Ibu tu cuma jadi org tgh.


Bila ditanya & dia jawab takde apa, jangan tanya lagi sbb itu pun boleh serabutkan dia.


Biarkan dia bertenang. Berikan kata penenang, hingga dia rasa masalahnya boleh selesai jika berkongsi dgn kamu.


Sesungguhnya seorang suami tahu, segala masalah & bebanannya boleh dikurangkan bila berkongsi dgn isterinya. Kerana dia kenal siap isterinya. Cuma adakala dia taknak seret isterinya dlm permasalahannya. Sbb dia sayang isterinya.


Lelaki ni, takde sistem multi function mcm perempuan. Kalau dia masak megi, dia akan tunggu sampai siap baru boleh boleh kerja lain. Kalau dia buat lebih dari satu kerja pada satu masa, dia jammed dah.


Kalau nak suruh dia beli barang, pastikan tulis terang² sbb dia tak dpt bezakan ikut apa yg kamu mahu. Kalau ikan, tolong sebut ikan apa. Dan berikan dia pilihan lain.


Kalau nak minta tolong dia buat sesuatu, cakap terus kepadanya. Andai berkias, dia akan buat dekkk je. Jgn marah, itu sikap dia. Padanya, andai kamu mahu sesuatu, kamu akan minta. Kalau kamu tak sebut ‘saya nak itu, saya nak ini,’ dia akan biarkan kata² kiasanmu berlalu bagai angin lalu.


Penat, memang penat buat seorang isteri. Tapi itulah yg buat kamu istimewa dimatanya.


Kenapa dia jadi begitu? Sbb tugasnya adalah memimpin, bukan menghafal apa yg kamu inginkan.


Lelaki ini manja sebenarnya, laksana anak kecil, yg perlu dibelai, yg perlu diingatkan selalu, perlu ditegur, perlu diberitahu. Yg jadi susah bila dia ego, merasakan dirinya betul berbanding org lain yg dipimpinnya.


Makin berusia seorang lelaki itu, dia jadi semakin lupa, sbb dia tahu ada isterinya yg akan mengingatkannya selalu. Hingga dia lupa bahawa isterinya pun makin tua seperti dirinya.


Hanya seorang isteri yg faham bahasa tubuh suaminya, bukan ibunya sekalipun. Begitulah besar amanah seorang isteri yg diberikan Allah.


Berbeza dgn isteri, kerna isteri itu dicipta utk menemani suaminya, dikala suka & duka. Hingga ada masa dia terlebih risau, dia terlebih sedih & dia terlebih gembira.


Ramai lelaki yg jahat, yg tak laksanakan tanggungjawabnya, yg tak jaga amanahnya, yg ibarat harapkan pegar tapi pegar makan padi… Tapi masih ramai juga lelaki yg baik, yg lembut hatinya, yg berusaha segigih mungkin utk laksanakan tanggungjawabnya walau dirinya sdiri terluka.

 

Begitu juga perempuan.
Nukilan Farizal Radzali

 

 

 

SUMBER : https://pesonapengantin.my/dalam-ramai-lelaki-yang-jahat-masih-ada-lelaki-yang-baik-berusaha-gigih-untuk-laksanakan-tanggungjawabnya/?fbclid=IwAR2YqK5WKkeK1haeLeXTFAqNBz-Sb4cgwaKzvzRfhziyyg4k-SRLq73Mo68

Post navigation

One thought on “Tips Pengantin : Dalam Ramai Lelaki Yang Jahat, Masih Ada Lelaki Yang Baik, Berusaha Gigih Untuk Laksanakan Tanggungjawabnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *