Tips Pengantin : Jodoh Dipermudahkan Dengan Menjauhi Lima Perkara Yang Allah Ingkari

Spread the love

Dalam soal pemilihan jodoh ada yang mudah dan ada yang sulit. Soal rezeki, hidup, mati mahupun jodoh sukar diramalkan kerana ia menjadi rahsia Allah SWT. Biarpun diri berusaha gigih dan berdoa untuk dipercepatkan jodoh, namun andai tidak berhasil semua itu sudah menjadi ketetapan Allah SWT.


Sebagai umat Islam, kita kena redha dengan ketentuan-Nya dan menerimanya dengan ikhlas.


Kadangkala tanpa disangka jodoh ada di depan mata. Tidak perlu bercinta lama. Semua itu sudah tertulis akan takdirnya. Sememangnya kita mengharapkan dipertemukan jodoh yang baik dalam hidup. Kadangkala kita sukar untuk bertemu jodoh disebabkan masih tersisa dosa yang menghalang kita untuk menemui jodoh oleh-Nya.

 

 


1. MENINGGALKAN SOLAT


Manusia diwajibkan untuk beribadah (solat) kepada Allah SWT.


“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah ayat 21)


Solat merupakan ibadah umat Islam yang tidak boleh ditinggalkan walau sedikit pun. Dengan meninggalkan ataupun jarang menunaikan solat, ia juga merupakan salah satu penyebab kenapa Allah SWT tidak memakbulkan permintaan hamba-Nya. Lebih-lebih lagi dalam soal jodoh.


Selain meninggalkan solat, mereka yang sering menunda-nunda solat hingga ke akhir waktu itu juga harus mengubah sikap ini. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan urusan duniawi sehingga membuatkan manusia lupa akan ibadah wajib. Maka tidak hairanlah sekiranya Allah SWT tidak mengutamakan doa-doa yang dipanjatkan orang tersebut termasuk dalam soal jodoh.

 


2. MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK


Umum sudah mengetahui bahawa perbuatan syirik merupakan perbuatan yang berdosa besar. Syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya.

Sebagai contoh, apabila berdepan dengan kelewatan dalam bertemu jodoh, mereka meminta pertolongan daripada bomoh, tukang tilik dan sebagainya. Malah ada juga yang mengamalkan sesuatu perkara yang tidak tertulis dalam dalil Al Quran mahupun sunnah Rasul-Nya. Dengan melakukan perkara ini, seseorang itu benar-benar tersesat dari jalan yang lurus.


Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya menyekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” (Surah Al-Luqman ayat 13)


Apa yang harus mereka lakukan adalah dengan memperbaiki hubungan dengan Allah dengan memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya.

 


3. DOSA YANG DILAKUKAN KEPADA ORANG TUA


Ibu dan bapa menjadi sebab hadirnya kita ke muka bumi ini. Dengan melakukan dosa terhadap kedua-duanya ataupun salah satu daripadanya maka Allah SWT akan murka dan menutup segala sumber rezeki. Sumber rezeki yang dimaksudkan itu juga termasuk dengan ‘jodoh’. Hal ini kerana keredaan ibu bapa adalah sangat penting. Tanpa reda ibu bapa, Allah SWT juga tidak akan membantu hamba-Nya.

 


4. MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM


Hubungan silaturrahim perlu dipandang sebagai elemen penting dalam usaha membina hubungan dengan Allah. Ia sama juga seperti restu Allah bergantung kepada restu kedua-dua ibu bapa. Namun mengekalkan hubungan silaturrahim sesama manusia juga akan mempermudahkan kita dalam mendapatkan rezeki berupa jodoh.


Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikan antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya mendapat rahmat”. (Surah Al-Hujurat ayat 10)

Oleh itu, sebagai manusia, jangan sesekali cuba untuk memutuskan hubungan silaturrahim antara sesama manusia.

 


5. MELAKUKAN ZINA


Mereka sering menyalahkan akan takdir ilahi apabila sering berdepan dengan ujian dan cabaran hidup. Walhal mereka tidak sedar dengan setiap tindakan mereka yang berterusan melakukan perbuatan zina. Zina adalah salah satu perbuatan keji yang dibenci oleh Allah SWT. Dengan kata lain, melakukan zina akan membuat hubungan manusia dengan Tuhannya menjadi rosak sehingga urusan jodoh pun akan terhalang kerana dosa tersebut.


Sekiranya anda pernah melakukan zina, segeralah bertaubat yang bersungguh-sungguh pada Allah dan memohon ampun atas perbuatan itu. Dengan izin dan sifat-Nya yang Maha Pengampun, Allah SWT akan menerima taubat seseorang yang ikhlas dan tidak akan mengulangi kesalahannya.

 


KESIMPULAN
Dengan mengelak  sentiasa melakukan perubahan ke arah yang terbaik. Sekiranya anda tidak mempunyai perkara-perkara di atas tetapi masih juga tidak dipertemukan jodoh, teruskanlah berusaha dan berdoa. Semoga setiap doa dan permintaan kita dikabulkan oleh Yang Maha Esa.


Sumber: baitulmuslim.com

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/jodoh-dipermudahkan-dengan-menjauhi-lima-perkara-yang-allah-ingkari/?fbclid=IwAR1yKEmmy9dhYNkvR0YarHqGV1pdE7pJ5b7XW0Uy0CgNQaAFnuBHa4uXRF8

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *