Tips Pengantin : ‘Cut Cost’ Dengan 4 Langkah Mudah Membuat Dulang Hantaran

Spread the love

Kepada mereka yang gemarkan seni kraftangan kreatif, di sini kami kongsikan cara-cara untuk menghias dulang hantaran sendiri.


Proses buat sendiri ini bukan sahaja menyeronokkan, malah boleh sedikit sebanyak menjimatkan perbelanjaan menyediakan hantaran nanti.


Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan:


Dulang

Kain satin

Gam Elektrik

Gunting

Bunga

Renda

Ribbon

 


Langkah-langkah:

 

 

1) Dulang hantaran
Dulang hantaran seperti ini biasanya boleh didapati di kedai bunga. Sediakan dulang yang bersesuaian mengikut saiz barang-barang dan tema hantaran anda.

 

2) Menghias Kain Satin
Guntingkan kain satin mengikut kesesuaian dulang hantaran anda. Pastikan kain yang digunting melebihi dari saiz dulang. Lipat dan kelim kain satin tersebut seperti gambar rajah di atas. Selepas itu gamkan kain di sekeliling bahagian dalam dulang.

 

3) Renda Dulang Hantaran
Lekatkan renda putih di sekeliling dulang tersebut. Selepas itu lekatkan bunga rose kecil di bahagian penjuru dulang. Bagi hiasan bunga plastik atas dulang, boleh lihat contoh tutorial tersebut di YOUTUBE.

 

4) Hiaskan barang hantaran
Akhir sekali, hiaskan barang hantaran di atas dulang tersebut. Selepas itu lekatkan ribbon di penjuru dulang atau di barang hantaran yang disediakan.
Semoga berjaya!

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/cut-cost-dengan-4-langkah-mudah-membuat-dulang-hantaran/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *