Tips Pengantin : Ini Realiti Fasa Bertunang. Seminggu Nak Kahwin, Pandang Pun Tak Mahu

Spread the love

Pertunangan bolehlah dikatakan sebagai satu simbolik yang menunjukkan couple itu benarbenar mempunyai keinginan untuk berumah tangga.

Fasa ini bukanlah sekadar penyerahan cincin daripada pihak lelaki kepada wanita, namun pelbagai ujian perlu dilalui sebelum mereka selamat disatukan pada hari penuh bahagia.

Kalau nak tahu lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada individu dengan akaun Twitter bernama @Crptpsta.

Ujian semasa bertunang..

Menerusi posting tersebut, lelaki ini memaparkan beberapa situasi yang mungkin dilalui oleh seseorang sepanjang tempoh pertunangan. Tulisnya, sudah menjadi kelaziman seandainya kita sering dihimpit dengan pelbagai konflik sehingga ada kalanya berasa putus asa dengan hubungan yang dibina.

Kadangkala, sekecil-kecil masalah pun boleh menyebabkan seseorang itu tewas dan memilih jalan untuk berpisah. Lantaran itu, wajarlah jika masyarakat dinasihatkan agar tidak bertunang lama-lama.

Ujian seminggu nak kahwin…pandang pun tak mahu

 

Lain pula senarionya apabila menghampiri hari pernikahan. Begitu hebatnya godaan syaitan pada ketika ini sehinggakan ada sebahagiannya mula berasa jemu dengan calon hidup masing-masing.

Malah, kehadiran ramai orang baru sebagai ujian akan membuatkan anda semakin ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat

 

Ujian selepas kahwin

Pun begitu, dah kahwin pun macam-macam perkara lagi perlu difikirkan. Berbeza dengan tempoh pertunangan kerana tanggungjawab kali ini akan menjadi lebih besar. Antara perkara perlu difikirkan adalah seperti aspek keperluan harian, kehendak dan kos sara hidup yang tinggi.

Disinilah ujian sebenar dalam hubungan rumah tangga. Oleh sebab itu, lelaki atau perempuan disarankan agar sentiasa muhasabah diri agar hubungan sentiasa diberkati.

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/ini-realiti-fasa-bertunang-seminggu-nak-kahwin-pandang-pun-tak-mahu/?fbclid=IwAR04ZvgBNpRW56YCEF2zo29rOYoYVgR1bVrtuTaRF5AV6AqB1jwya4PwQpg

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *