Tips Pengantin : Mengapa Sebelum Kahwin Aku Lihat Dia Paling Cantik Tapi Selepas Kahwin, Lebih Ramai Cantik Dari Dia

Spread the love

Kalau kahwin hanya bersandarkan nafsu atau kecantikan semata-mata memang perkahwinan takkan kekal lama. Ubahlah niat berkahwin kerana Allah, inshaAllah perkahwinan bertahan selamanya.


Kalau seorang lelaki dah mengahwini seluruh perempuan di dunia ni kecuali seorang, nescaya yg seorang tu pun dia mahu juga.


Berkata seorang lelaki : “aku hairan dgn isteriku,


Dulu sebelum kahwin Ketika aku melihat dia pada mataku seperti Allah tidak menciptakan sesiapa pun spertinya Ketika aku bertunang dengannya, aku dapati ramai pula sepertinya Ketika aku mengahwininya, aku dapati ramai pula lebih cantik daripadanya Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, aku dapati.


Semua perempuan lebih indah daripada isteriku”.


Maka berkata Syeikh : “inginkah kau aku khabarkan apa yg lebih dahsyat daripada itu”.?


Kata lelaki itu : “ya, khabarkan”.!


Maka kata Syeikh : “kalau engkau telah berkahwin dgn seluruh wanita yg ada di alam ini.


Nescaya engkau lihat anjing yg sesat di jalanan itu lebih cantik daripada setiap wanita tersebut”.!!


Tersenyum lelaki itu dengan senyuman kecil lalu bertanya : “kenapa Syeikh kata begitu”.?


Kata Syeikh : “kerana yg musykilah itu bukan pada isterimu. Tapi pada manusia yg kalau telah diberi hati yg tamak


Dan pandangan yg liar


Dan tidak malu kepada Allah


Maka tidak ada apa lagi yg mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan..


Wahai lelaki, masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yg telah Allah haramkan.


Adakah engkau mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yg tercantik di dunia)”.?


Kata lelaki itu : “ya mahu”.


Maka kata Syeikh : “Tundukkan pandanganmu”.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/mengapa-sebelum-kahwin-aku-lihat-dia-paling-cantik-tapi-selepas-kahwin-lebih-ramai-cantik-dari-dia/?fbclid=IwAR2cpe8STMHpjsHV4OeVeBvVJEUS8EZ9rtlmdfSogLSYM0FqHv2hHocMwTI

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *