Tips Pengantin : Suami, Fahamilah Bahawa Isteri Suka Dipeluk

Spread the love

Lelaki tidak faham mengapa wanita sangat suka dipeluk. Bagi lelaki, pelukan hanyalah perbuatan fizikal, padahal bagi wanita, pelukan menyimpan erti lebih dalam. Pelukan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa dan boleh dilakukan secara spontan. Bagi Anda yang asing dan tak biasa dipeluk maupun memeluk, mungkin Anda perlukan sedikit tips.

Belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan Anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan jaga selalu pandangan mata dengannya. Berikut, sedikit gambaran sisi positif dari pelukan suami terhadap isteri.

 


Mengapa wanita suka dipeluk

Aktiviti memeluk melepaskan hormon oksitosin. Oksitosin bertanggungjawab memancing apa yang disebut para ilmuwan dengan ‘sepasang ikatan’. Maksudnya, pelukan membuat pasangan merasa lebih dekat dan intim.


Dalam urusan cinta, pelukan mampu menciptakan ikatan di antara lelaki dan wanita. Lebih dari itu, bagi wanita, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan.


Pelukan memberi bermakna dalam jika dilakukan dengan tulus. Jadi, alasan wanita menyukai pelukan adalah kerana pelukkan ini memberikan maksud yang mendalam.

 

 

Mengapa Anda harus memeluk

Jika ia boleh membuatkan diri rileks secara fizikan dan emosional, Anda mungkin benar-benar boleh menikmati beberapa keuntungan pelukan.

Sebuah penelitian yang dilakukan di Chicago menyatakan, pasangan yang secara teratur dan spontan saling memberi kasih sayang non-seksual, seperti pelukan, akan merasa lebih puas dengan hubungan mereka.

Oksitosin dilepaskan dari otak Anda yang nantinya memunculkan perasaan bahagia dan tidak stres.perasaan inilah yang akan memberi manfaat positif terhadap hubungan.

Bagi pasangan suami isteri cubalah teknik ini. Ustaz-ustaz juga ada mengatakan bahawa suami yang suka memeluk isteri,umurnya mereka akan lebih panjang.Insya-Allah.

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/suami-fahamilah-bahawa-isteri-suka-dipeluk/?fbclid=IwAR1REfv2epZGV9b126B2UR6OqgtkG2f0aj968QgJiU59DrsYxX1ckZQBCvg

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *