Tips Pengantin : Rumahtangga Setiap Orang Tak Sama. Allah Beri Setiap Kita Ni Berbeza

Spread the love

Jika semua manusia dilahirkan dengan keinginan yang sama maka terbelahlah bumi ini. Lelaki bernama Abu Hurairah Asifa ini kongsi, Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza.

Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza.


Kalau kita dapat isteri yang baik,


Yang bertudung labuh, yang tak pernah minta beli emas, yang tak perlu suruh dia buat semua kerja rumah, kalau kita duduk je terus air kopi panas dah ada kat tangan, alhamdulilah.


Syukur.


Cuma janganlah perli dan sindir, atau mengata tentang rumahtangga orang lain pula.


Kerana, rumahtangga setiap orang itu tak sama. Rumahtangga yang diberi oleh Allah pada setiap kita ini berbeza.


Kalau nampak rumahtangga orang lain seperti tak sempurna macam kita, doakan mereka.


Nampak suami isteri lain asyik bergaduh saja, kuatkan mereka. Nasihati dan doakan sebanyaknya.


Begitu barulah namanya bersyukur.


Syukur sebab Allah baikkan pasangan kita.


Isteri kita baik pun bukan sebab kita. Tapi sebab Allah.
#sweeterapi

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/rumahtangga-setiap-orang-tak-sama-allah-beri-setiap-kita-ni-berbeza/?fbclid=IwAR3EHsacNxekk3x2ZO6agoGPeSVYIhBVGLKqhwYptLd7Rp2hp9ku5NJ4l1A

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *