Tips Pengantin : “Setiap Kali Aku Pandang Isteri, Rupanya Inilah Manusia Yang Kita Patut Taruhkan Nyawa..”

Spread the love

Dalam membebel seorang wanita bergelar isteri itu, dalam marahnya mereka sebenarnya merekalah manusia yang banyak bergadai demi rumahtangga dan perkahwinan. Nampak leceh dan rumitnya mereka tapi dia lah yang memperjuangkan segala-galanya. Encik Matt ini kongsi, hargailah isterimu. Susah senang mereka bersamamu. Mereka pernah ‘mati’ berkalikali untukmu..

KASIHNYA ISTERI TERHADAP SUAMI.

Begitulah tajuk yang sesuai untuk saya katakan apabila berbual dengan rakan dikampung semalam. Kongsi masalah perniagaan. Turun naik, untung rugi dalam perniagaan.


Namun, bukan untung rugi yang menyentuh jiwa ini. Tapi. Tentang seorang Isteri. Ya Isteri.


Lemah tenaganya. Tapi besar jiwanya untuk hadapi segala ujian. Tenang sungguh tutur kata dalam membakar semangat.


Kongsi rakan saya, jatuh bangun bersama isteri. Rugi dalam perniagaan. Modal hangus, dalam bank ada rm16. Tidak mengapa abang. Kita gadai Gelang Emas saya, Duit itu buat pusingan modal untuk pulihkan kembali perniagaan. Beberapa bulan, rugi lagi. Tidak mengapa abang, gelang emas ada lagi satu, kita gadai yang ini, pulihkan kembali perniagaan abang.


Matt. Setiap kali aku pandang isteri, aku sebak. Rupanya inilah manusia yang kita patut TARUHKAN NYAWA UNTUK MEREKA. Kadang-kadang aku mencela diri sendiri “Celakalah diri ini jika tidak hargai setiap ‘pengorbanan’ isteri” . “Celakalah diri ini jika mengabaikan isteri dan anak-anak”. “Celakalah diri ini jika sakiti mereka”.

Saya dengar berjurai-jurai air mata. Terketar-ketar bibir rakan saya menahan sebak. Tidak mampu menahan air mata jantan ini. Sangat lemah apabila berbicara tentang isteri. Sanggup susah demi suami. Sanggup lupakan pekerjaan setaraf. Susah payah belajar betahun tahun.


Namun demi suami sanggup berhenti kerja untuk jaga rumah tangga.


Balik rumah saya pegang tangan isteri, saya cium tangan isteri,saya peluk isteri. 

Maafkan
abang sebab banyak susahkan sayang. Maafkan abang jika pernah sakiti sayang. Maafkan abang jika tidak mampu tunaikan segala hajat sayang. Tidak mengapa abang, Jika tidak di dunia mudahan Allah bagi ganti di akhirat. Sayang bahagia sangat walaupun abang tidak seperti dulu. Itulah jawapan dari isteri tidak pernah menghampakan suami. Kata-kata yang baik, kata-kata menyenangkan hati.


saya menulis ini dalam masjid. Sedang menunggu waktu isyak. Masih bergenang air mata.


Moga masjid ini menjadi saksi bahawa saya Doakan Moga Allah s.w.t ampunkan segala dosa isteri dan masukkan dia ke dalam syurga tanpa hisab.


“Para suami, hargailah isterimu. Susah senang mereka bersamamu. Mereka pernah ‘mati’ berkali-kali untukmu”


Status ini pernah disiarkan april 2017
#IsteriAnugerahTerhebatDariAllah
-EncikMatt-
#LelakiBurQa

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/setiap-kali-aku-pandang-isteri-rupanya-inilah-manusia-yang-kita-patut-taruhkan-nyawa/?fbclid=IwAR37ebb2pZHBnPCxiZf1-f6kFZf1o7SqveZ0X3Bu6WCyeby2BfDXy5Cq8Io

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *