
Rumus agar Tenang saat menghadapi Masalah Hidup
Rumus 1
Percaya, setiap masalah yg Allah Swt berikan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup kita kearah yg lebih baik(mukmin).
Buktinya : Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji ?
-Surah Al-Ankabut, Ayat 2-
*Ujian sebagai tanda orang beriman.
Rumus 2
Setiap ujian yg diturunkan ia sesuai dengan kita dan kerana Allah Swt tau hanya kita yang sanggup menanggungnya.
Buktinya : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
-Surah Al-Baqarah, Ayat 286-
Rumus 3
Percaya setiap masalah akan ada ada solusinya. Kerana itu janji Allah Swt yg sudah tertulis didalam Al Quran.
Buktinya : Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
-Surah Al-Sharh, Ayat 5-
SUMBER : DAKWAH SANTA
SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/cabaran-berumahtangga-anggaplah-itu-selangkah-untuk-jadi-lebih-bahagia/?fbclid=IwAR0A9SvxwbU1Cp60wQQ0ZRj2v43K5TZoGb1l6pi2qUFBJp5qWzey1E3OW8o