Tips Pengantin : Segala Pengorbanan Tidak Dihargai, Allah Tahu Sedalam Mana Sedihmu.

Spread the love

BERTEMU ORANG YANG SALAH


Bila berlaku perpisahan, hatta perceraian, ada pihak mengatakan kerana kita telah memilih orang yang salah.

Betul, tapi taklah tepat 100 peratus.

Ada saja orang sangka dia dah pilih seseorang yang baik, I mean betul-betul baik, dari segi penampilan, karekter, perangai, jaga solat dan segala, tapi berakhir juga dengan perpisahan.

 

Ada pula orang memilih pasangan yang biasa-biasa, listlah apa saja yang buruk, ada padanya, tapi end up bahagia berkekalan sampai akhir hayat. Berubah ke arah lebih baik sama-sama.

Jadi, kita sebenarnya tak tahu pun kita telah bertemu orang yang betul atau salah.

Kita bukan peramal masa depan pun. Kita tak tahu pengakhiran cerita macam mana. 

Akhir cerita hidup sendiri pun kita tak tahu. Kubur kita kat mana pun kita tak tahu.

Takdir adalah rahsia Allah.
***
Kenapa kita dipertemukan dengan orang sebegini? Yang melukakan hati kita. Yang buat kita sedih.

Orang yang “SALAH” tu…

1. Allah hantar dia untuk uji kita. Uji iman kita tinggi mana. Uji sejauh mana tawakkal kita pada-Nya. Bersandar pada Allah atau tidak.

2. Dah bazir masa? Siapa kata bazir? Sepanjang perjalanan adalah pengalaman yang mematangkan kita. Mendewasakan pemikiran kita. Supaya kita berhati-hati di masa depan, jadikan pengajaran dan peringatan. Jadi panduan. “Oh, orang begini-begini aku dah kena dah, tak nak ulang lagi.” Allah dah pilih masa yang tepat dan perancangan Allah tidak sia-sia.

Hikmah gais.

3. Percaya saja, Allah dah set orang yang betul pada waktu yang betul.

4. Mengajar kita perlunya pada ikhtiar dalam perjalanan takdir. Kita dah cuba cari yang baik untuk dijadikan pasangan, jadi pemimpin keluarga, tapi kecundang juga. Maka, wujudlah ikhtiar lagi, iaitu ikhtiar untuk reda dan tidak berputus harap pada Allah. Positif pintu kebahagiaan itu bukan di satu pintu. Banyak lagi pintu lain yang Allah bakal buka untuk orang yang sabar.

Demikianlah kita dalam mengimani Qada’ dan Qadar.

Tenanglah wahai hati-hati yang resah..

Segala pengorbanan yang tidak dihargai, susah payah yang ditempuhi, hati yang dilukai berkali-kali, untuk segala harapan yang tinggal harapan…Allah tahu sedalam mana sedihmu.

Tahulah Allah hilangkan segala duka laramu.
SUMBER :  FACEBOOK Rusydee

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/segala-pengorbanan-tidak-dihargai-allah-tahu-sedalam-mana-sedihmu/?fbclid=IwAR2bwL2I2wwr2eKQ0IuCWqVl3g_a5LoWy3BpfWn5-WvM9OmKNty4YWyZTuo

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *