Tips Pengantin : Kenapa Lelaki Mahu Wanita Solehah Untuk Dijadikan Isteri?

Spread the love

Siapa yang tidak mahu jadikan wanita solehah sebagai isteri? Mudah untuk anda membimbing mereka dan ramai menganggap memiliki isteri solehah ini ibarat memiliki bidadari dunia.


Auranya mampu menenangkan hati sesiapa yang melihatnya.


Buat kaum wanita, jadilah wanita yang menenangkan hati bakal suami dan juga ibu bapanya.


Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Buat lelaki, tidak mengapa jika tidak memiliki wanita solehah asalkan anda ada pengetahuan agama yang tinggi supaya mudah mendidik isteri anda untuk menjadi wanita idaman anda.


Bukan mudah mahu jadi seorang yang solehah. Namun, ini antara sebab mengapa wanita solehah menjadi idaman para lelaki untuk dijadikan isteri.

 

 


1. Pandai Jaga Maruah Diri

Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memiliki akhlak yang baik dan terpuji bila memilih isteri. Sebagai seorang wanita, janganlah berbangga bila diri didampingi ramai lelaki kerana  lelaki sebegitu hanya mahukan keseronokan. Pastikan anda menjaga maruah dan harga diri anda sebagai seorang wanita.

 


2. Menjaga Tutur Kata

Tipulah kalau tiada lelaki yang tergoda dan tertarik dengan wanita yang mempunyai suara yang lunak dan merdu. Jagalah tutur kata anda sebagai seorang wanita. Ucapkan perkataan dengan sopan dan teratur.

 


3. Berpakaian Menutup Aurat

Pakaian yang terbaik untuk wanita muslimah adalah pakaian yang menutup keseluruhan tubuh badannya. Pakaian haruslah longgar dan tidak jarang hingga boleh menampakkan bentuk tubuh. Pakailah stokin untuk menutup bahagian kaki.

 


4. Jaga Tingkah Laku

Wanita yang solehah akan menjaga penglihatan mereka. Jangan melihat atau mendekati perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan tidak baik pada diri anda.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/kenapa-lelaki-mahu-wanita-solehah-untuk-dijadikan-isteri/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *