Tips Pengantin : Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin

Spread the love

Banyak perkara yang perlu diuruskan bila majlis perkahwinan semakin dekat hingga
menyebabkan badan menjadi penat dan bakal mempelai tidak sempat untuk memanjakan diri.


Bayangkan bila atas pelamin nanti tetamu terkejut melihat wajah kita yang tampak penat dan kusam. Ibarat mimpi ngeri okay!


Nak jadi raja sehari mestilah mahu tampak cantik, segar dan berseri. Jadi, kami kongsikan kepada anda petua-petua yang boleh diamalkan untuk menaikkan seri wajah pengantin.

 

 


1. 44 Hari Sebelum Hari Bahagia

Makan kelopak mawar merah setiap hari menjelang 44 hari sebelum majlis. Amalkan untuk Nampak berseri-seri setiap hari.

 


2. 30 Hari Menjelang Hari Bahagia

Jadikan rebusan daun sireh sebagai masker dan pencuci anda menjelang 30 hari sebelum hari  bahagia tiba. Air rebusan sireh ini boleh elakkan jerawat dan ruam pada wajah anda.

 


3. Lobak Sebagai Masker Muka

Lobak merah kaya dengan vitamin E boleh bantu anda hilangkan parut dan buat wajah tampak lebih berseri di atas pelamin nanti.

 


4. Hirisan Timun Sebagai Masker Mata

Hirisan timun yang sejuk ini boleh menghilangkan lingkaran gelap pada bawah mata. Barulah mata tak nampak penat nanti.

 


5. Air Kelapa Tua Membantu Melembapkan Wajah

Air kelapa tua ini boleh melembapkan kulit wajah dan buat wajah tampak lebih berseri. 

 

 

6. Tidur Secukupnya

Sesibuk mana pun anda, pastikan anda dapat tidur yang mencukupi terutamanya apabila menjelang 30 hari sebelum majlis.

 


7. Minum Air Putih Secukupnya

Pastikan anda minum air putih sebanyak 2 liter sehari untuk memastikan anda sihat
menjelang majlis nanti.

 


8. Pergi Ke Spa

Menjelang 14 hari sebelum majlis, anda bolehlah pergi ke spa untuk memanjakan diri dan mendapatkan ketenangan supaya masa majlis nanti anda tampak lebih bertenaga dan berkeyakinan.

 


9. Ambil Suplemen

Ambil vitamin untuk memastikan anda sihat dan tampak bertenaga sepanjang majlis
berlangsung.

 


10. Pakai Wangi-Wangian

Sentiasa pakai minyak wangi untuk meningkatkan keyakinan diri anda dan tampak semakin berseri pada hari bahagia anda.
Sumber: Awatona

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/petua-naikkan-seri-wajah-untuk-bakal-pengantin/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *