Tips Pengantin : Perkahwinan Jarak Jauh Bukan Alasan Tak Boleh Bahagia. Yang Penting Komunikasi!

Spread the love

Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.


Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.


Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.

 

1. TETAPKAN MATLAMAT DALAM HUBUNGAN

Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebabsebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama.


Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.

 

2. PERLU EKSTRA PERCAYA TERHADAP PASANGAN

Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.

 

3. SENTIASALAH BERKOMUNIKASI

Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/perkahwinan-jarak-jauh-bukan-alasan-tak-boleh-bahagia-yang-penting-komunikasi/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *