Tips Pengantin : Boleh Atau Tidak Berkongsi Masalah Rumah Tangga Kerana Mahu Meminta Pandangan Orang Terdekat?

Spread the love

Setiap rumah tangga ada pasang dan surutnya. Tidak selamanya kita akan berasa bahagia.


Adakalanya, pasti akan ada badai yang datang melanda rumah tangga anda.


Bila anda sedang susah hati, pasti anda mahu meluahkan isi hati kepada orang terdekat untuk mengurangkan beban yang ada di dalam diri anda.


Namun, bolehkah permasalahan rumah tangga diceritakan kepada orang lain? Contohnya menceritakan kepada rakan baik dengan tujuan untuk meminta pandangannya.

Tidak seharusnya setiap permasalahan dalam rumah tangga diceritakan kepada orang lain termasuklah kepada keluarga sendiri atau mertua atau kepada rakan baik sekalipun. Hal ini ditakuti akan membuka aib sendiri yang sepatutnya ditutup.

 

TETAPI ADA KETIKANYA, IA BOLEH DICERITAKAN DENGAN TUJUAN TERTENTU IAITU SEKIRANYA:

i. Menjaga keaiban kedua-dua pihak (suami atau isteri) dengan tidak menceritakan secara terperinci serta berlebihan hal rumah tangga.

ii. Diceritakan hanya kepada orang yang boleh dipercayai dan amanah supaya keaiban dan permasalahan kita tidak dicanangkannya kepada orang lain.

iii. Seboleh-bolehnya diselesaikan sendiri bersama-sama tanpa melibatkan orang luar termasuklah ahli keluarga walaupun mereka dekat dengan kita.

 

 

SUMBER : https://pesonapengantin.my/boleh-atau-tidak-berkongsi-masalah-rumah-tangga-kerana-mahu-meminta-pandangan-orang-terdekat/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *