Tips Pengantin : Pelukis Henna Yang Bakal Pengantin Perlu Follow Di Instagram

Spread the love

Henna ibarat pelengkap yang menghiasi jari jemari si ratu sehari sekali gus memberi seri kepada si pemakai. Setiap henna yang dilukis mempunyai nilai estetika cinta yang sukar ditafsirkan.


Terdapat dua jenis henna yang popular iaitu inai merah coklat dan inai putih. Kebanyakan bakal mempelai lebih gemar memilih inai putih kerana ia lebih mudah untuk dibuang. Bercakap tentang ukiran henna pula, henna yang ringkas semakin menjadi pilihan bakal pengantin.


Tidak perlu ukiran yang terlalu sarat.


Disebabkan henna menjadi salah satu perhiasan yang penting menjelang hari bahagia, kami senaraikan beberapa pelikis henna yang terkenal di Malaysia yang boleh anda jadikan rujukan.

 


1. Sheema Henna
Menyediakan perkhidmatan menata hias tangan (terus ke rumah) dengan hasil lukisan henna yang bermotifkan flora bercirikan klasik dan batik. Jadi, tidak hairanlah jika ada selebriti yang menggunakan khidmatnya sebagai pelukis henna kerana hasilnya memang cukup cantik dan kemas.

2. Melurizabyel
Bermula dari rekaan ringkas hinggalah yang merumitkan, serahkan sahaja kepadanya. Kekemasan hasil kerjanya pasti akan buat setiap pelanggan mengukir senyuman. Tak rugi duit anda jika dilabur pada pelukis ini. Hasil kerjanya pasti akan buat anda kagum.


3. Byikasham
Setiap lukisan yang dihasilkan tampak begitu kemas dan teratur. Ternyata bakat melukis henna yang ada padanya tidak disia-siakan. Byikasham sangat teliti dalam menghasilkan lukisan henna kepada pelanggannya agar mereka dapat yang terbaik.


4. Leahenna_Artist
Melihat hasil kerjanya sudah cukup buat anda teruja dan tak sabar. Tak kira pada tangan atau pada bahagian kaki, lukisan yang dihasilkan sangat teliti. Bakal pengantin jangan fikir lama-lama, tempah sahaja khidmat mereka.


5. Nana Henna Design
Boleh mengukir pelbagai konsep ukiran corak, ia juga mampu menghasilkan ukiran yang sangat halus, canti dan kemas. Apa yang lebih menarik, semua henna yang digunakan adalah dihasilkan sendiri olehnya. Menakjubkan!

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/pelukis-henna-yang-bakal-pengantin-perlu-follow-di-instagram/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *