Tips Pengantin : Rahsia Menjadi Isteri Yang Menyenangkan Suami Sehebat Saidatina Khadijah!

Spread the love

Kehidupan rumah tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau sunnah Rasulullah SAW, malah ia merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan  mensyukuri nikmat dari Allah SWT. Rumah tangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan masin.


Adakalanya pedas dan hangat, adakalanya sejuk dan nyaman.


Cuma yang membezakan sesebuah rumah tangga, bagaimana peranan dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Wahai Isteri! Contohi sifat Saidatina Khadijah yang sentiasa menyenangkan Rasulullah SAW.

Masih ingatkah kita tentang kejadian penurunan wahyu pertama di Gua Hira?


Hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih berada di Gua Hira.

Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!” Jawab Nabi, “Aku tidak pandai membaca.”

 

Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku  kepayahan.


Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.


“Bacalah!” katanya. Jawabku, “Aku tidak pandai membaca.”


Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.


“Bacalah!” katanya. Kujawab, “Aku tidak pandai membaca.”


Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya
berkata: “Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min ‘alaq. Iqra’! Wa rabbukal akram.


(Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia)

Setelah itu Nabi pulang ke rumah Saidatina Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Rasulullah SAW kepada Saidatina Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”


Kata Saidatina Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan
membinasakanmu. Engkau selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”


Sungguh indah kisah cinta keluarga bahagia Rasulullah SAW bersama isteri tercinta, Saidatina Khadijah.

 

Tanpa KEJUJURAN mana mungkin Saidatina Khadijah mampu membenarkan suaminya tinggal berseorangan di dalam Gua Hira, meninggalkan dirinya sendirian di rumahnya.


TanpaKASIH SAYANG dan KEPRIHATINAN, mana mungkin Saidatina Khadijah melayani suaminya dengan baik dan mentaati baginda tanpa sebarang persoalan. Tidak pula beliau berkata sepatah perkataan melainkan terus menyelimuti Baginda seperti yang diminta.


Tanpa HORMAT-MENGHORMATI pula, mana mungkin Saidatina Khadijah boleh mampu mengeluarkan kata-kata yang menenangkan suaminya, mendorong dan memuji suaminya dan memberikan sokongan penuh saat Baginda memerlukan beliau. Saidatina Khadijah juga yang menjadi sandaran di saat orang lain menggelar Baginda sebagai ‘gila’ dan ‘tidak siuman’ sepanjang dakwahnya.


Oleh itu para isteri, jadilah orang yang paling menyenangkan hati suami.


Taatilah suami selagi peranannya dan tanggungjawabnya masih
berlandaskan syariat Islam.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/rahsia-menjadi-isteri-yang-menyenangkan-suami-sehebat-saidatina-khadijah/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *