Tips Pengantin : Pilih Baju Pengantin Biar Kena Dengan Warna Kulit, Baru “Cun”

Spread the love

Bakal-bakal pengantin mesti dah tak sabar kan menanti hari bahagia. Pasti macam-macam persiapan telah dilakukan. Ia bagus untuk menyiapkan persiapan awal daripada lambat betul tak. Lebih-lebih lagi untuk perempuan, mereka lah paling banyak nak kena perhati.

Antaranya baju pengantin kerana terlalu banyak pilihan dan sampai rambang mata lah kadang-kadang nak buat pilihan. Suka yang ini tapi tak kena pula dengan kulit, suka yang ini pula tiada size, dan macam-macam lagi.

Kami akan kongsikan kepada anda antara beberapa tips nak pilih baju pengantin biar kena dengan kulit anda. Ya, ini amat penting barulah nampak naik seri pengantin macam tu. Okay jom kita lihat!

 

1) Hitam manis

Bagi mereka yang memiliki warna kulit ini, mereka kelihatan sedikit gelap dari sawo matang.

Mereka akan kelihatan cantik dan menonjol jika memakai busana berwarna solid dan terang seperti merah, jingga, plum atau lavender.

Elakkan dari memakai warna yang cerah seperti kuning atau pastel lembut, kerana ia akan membuat kulit kelihatan kusam.

 

2) Kuning langsat

Bagi mereka yang memiliki warna kulit seperti ini, kulit mereka kelihatan cerah tetapi agak kekuningan dan tona warnanya adalah dia antara sawo matang dan putih. Tidak terlalu gelap dan tidak terlalu putih.

Mereka ini sesuai menggayakan busana dengan warna seperti kuning, merah, biru atau hijau.

Elakkan dari memakai warna seperti oren, gold ataupun coklat, kerana akan membuat kulit kelihatan kusam.

 

3) Sawo matang

Warna kulit ini adalah warna yang sering dimiliki oleh kebanyakan wanita asia, warnanya sedikit gelap berbanding kuning langsat. Bagi mereka yang memiliki kulit warna ini, ia sesuai menggayakan busana dengan warna pastel terang atau gelap seperti navy blue, merah hati, ungu atau hitam. Elakkan dari memakai busana berwarna kuning atau coklat gelap.

 

4) Putih gading

Mereka yang memiliki kulit seperti ini mempunyai kulit yang cerah dan kelihatan sedikit pucat.

Jadi, mereka perlu elakkan dari memakai baju warna pastel atau pudar, kerana akan
membuatkan mereka kelihatan lebih pucat.

Cari busana yang mempunyai warna yang kontra seperti hitam, navy blue, royal blue atau pink. Ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih cantik dan menarik

 

Sumber : https://pesonapengantin.my/pilih-baju-pengantin-biar-kena-dengan-warna-kulit-baru-cun/?fbclid=IwAR1-X93q7PlbxMjncfAWeWHtA4f_7Iysy7PMXEsAdnJm9pifO2hS0IBvtfI

Post navigation