Tips Pengantin : Harungilah Dugaan Rumah Tangga Bersama, Ini Nasihat ‘Padu’ Untuk Bakal Pengantin

Spread the love

Setiap individu pastinya punya keinginan untuk berkahwin dan mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia hingga ke akhir hayat. Malah, dalam Islam sendiri sangat menggalakkan umatnya untuk berkahwin.

Ramai menganggap perkahwinan itu adalah sesuatu yang indah. Ya, memang tidak dapat dinafikan yang perkahwinan itu memang indah. Tetapi, pasti ada dugaan yang dihadapi oleh pasangan yang sudah berkahwin.

Sebagai seorang yang bakal berkahwin, anda pasti akan mengalami perubahan dalam hidup.

Maklumlah, baru nak hidup dengan ‘orang baru’. Pastinya anda mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

Di sini, kami akan kongsikan beberapa nasihat untuk anda yang bakal berkahwin tidak lama lagi. Semoga segala urusan anda dipermudahkan.

 

1. Ketika Akan Menikah
Janganlah sekadar mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah sekadarmencari s uami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan tok kadi semata-mata, tetapi menikah di hadapan Allah SWT.

4. Ketika Resepsi Pernikahan
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk membalas pula kebaikan dan setiap doa mereka.

5. Sejak Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. Selama Menempuh Hidup Berkeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. Ketika Rumah Tangga Bermasalah
Jangan saling berlepasa tangan, tapi tetap terus teguh mengharunginya.

8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

9. Ketika Telah Memiliki Anak
Jangan bagi cinta anda kepada suami/isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. Ketika Ekonomi Keluarga Belum Membaik
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 

11. Ketika Ekonomi Membaik
Jangan lupa jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit segera secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.


13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah-lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14. Ketika Mendidik Anak
Jangan pernah berfikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.


15. Ketika Anak Bermasalah
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16. Ketika Ada Lelaki Idaman Lain
Jangan diminum, cukuplah suami sebagai ubat.

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/harungilah-dugaan-rumah-tangga-bersama-ini-nasihat-padu-untuk-bakal-pengantin/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *