Tips Pengantin : “Bila Kawan Kita Dah Kawin & Kita Masih Bujang, Tolong Fahami 2 Perkara ini..”

Spread the love

Bila kawan kita dah kawin dan kita masih bujang…
Maka tolong fahami 2 perkara ini…

 

1. JANGAN SELALU AJAK DIA KELUAR…

Biarkan dia luangkan masa dgn keluarganya…itu keutamaan utk dirinya setelah bergelar
seorang suami…masanya perlu dihabiskan bersama isteri dan anak2 drpd bersama kawan2…
cukup2lah dia dah bersama dgn kita bertahun2 lamanya ketika dia masih bujang…

 

2. JIKA DIA MENOLAK UNDANGAN MELEPAK, JEMPUTAN KE KONVOI MOTOR, AJAKAN KE KARAOKE ATAU SEBAGAINYA…

Maka jangan kata dia takut bini…jangan kata dia dayus…jangan kata dia kena gari…jgn kata kaki dia kena rantai…jgn kata dia kena guna2 dgn isterinya…jgn menyindirnya atau memerli keputusannya itu kerana dia menolak bersebab dan salah satunya adalah dia ada perkara lain yg lebih penting, yg perlu dibuatnya bersama keluarga pd waktu itu, hari itu atau minggu itu…


Keutamaan seorang lelaki selepas mendirikan rumahtangga ialah keluarga…keluargalah yg perlu dia dahulukan melebihi perkara2 lain…apa yg dia selalu buat ketika dia bujang dahulu,ketika dia bersama kit a dahulu, mgkin ada yg dia perlu tinggalkan…utk kebaikan dirinya dan keluarganya…


Tolong fahami keterbatasan seorang kawan yg dah bergelar suami…dia tak lagi suka2 bleh kluar, suka2 bleh blk lmbat, suka2 bleh buat pelbagai aktiviti dgn bebasnya…dia ada hati yg perlu dijaga dan kegagalan utk menjaga apa yg sepatut dijaganya, akan memusnahkan ikatan yg dia bina…


Hubungan silaturahim sebagai seorang kawan takkan terputus bilamana dia memilih utk mendirikan rumahtangga, cuma kena faham bahawa statusnya kini dah berubah…


Dia bukan lagi bujang, dia suami org…

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/bila-kawan-kita-dah-kawin-kita-masih-bujang-tolong-fahami-2-perkara-ini-2/?fbclid=IwAR0ap7CxtPk5jN4uHyM48-ERzHqRJvSfG4UgXs2e8ZDUztReTLPWGVWDqAE

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *