Tips Pengantin : Lelaki Dan Perempuan Yang Kahwin Lambat Adalah Sejenis Banyak Songeh Dan Cerewet

Spread the love

Kajian mendapati 86.8 peratus penduduk bujang berumur 25 hingga 49 tahun di negara ini mempunyai hasrat untuk berkahwin, namun memberi alasan mereka melewatkanperkahwinan disebabkan masalah kewangan dan peningkatan kos sara hidup, selain tidak jumpa pasangan serasi.

 


Faktor kahwin lewat
Malah, kos perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit makin memburukkan keadaan dan turut menjadi antara penyumbang aliran kahwin lewat.

Kajian menunjukkan kos minimum perbelanjaan kahwin pada masa kini melebihi RM20,000, sedangkan purata responden kajian memaklumkan hanya mampu menyediakan RM14,000.

Aliran semakin ramai lewat berkahwin turut mendapat perhatian Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah yang mendedahkan, antara faktor mendorong wanita berkahwin lewat, antara lain disebabkan peningkatan kos sara hidup, mahu memiliki kehidupan yang stabil terlebih dahulu dan mendahulukan kemajuan kerjaya.

Berdasarkan statistik, kadar penyertaan buruh wanita di negara kitar meningkat daripada 46.8 peratus pada 2010 kepada 54.7 peratus tahun lalu, membuktikan wanita kini mementingkan kestabilan karier dan kewangan.

Tumpuan terhadap kemajuan karier juga mendorong wanita memanjangkan tempoh pendidikan hingga ke tahap tertinggi dan membuatkan mereka cenderung melewatkan perkahwinan.

Malah, dilema kahwin lambat juga dikaitkan dengan konflik apabila seseorang individu melewati anggaran usia perkahwinan mengikut sosiobudaya setempat.

 


Penurunan kadar kesuburan
Rentetan penangguhan perkahwinan secara langsung akan memendekkan tempoh umur reproduktif dan menyebabkan kadar kesuburan semakin menurun.

Penurunan kadar kesuburan juga berkait rapat dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi dan cabaran yang bakal dihadapi ibu bapa muda, lantas membuatkan mereka menangguhkan hasrat menamatkan zaman bujang.

Usia dianggap sesuai berkahwin bagi wanita ialah 26 tahun dan lelaki 28 tahun, manakala wanita yang mencapai usia 33 tahun dan lelaki mencecah usia 37 tahun sudah disifatkan lewat berkahwin.

Jika aliran ini berterusan, persoalan yang timbul adalah apa akan jadi pada masa depan?

Adakah ia akan memberi kesan kepada pertumbuhan populasi negara. Adakah ia akan menjejaskan sasaran peningkatan jumlah penduduk Malaysia kepada 44.5 juta menjelang 2050 daripada anggaran 32.4 juta pada tahun lalu.

Bilangan penduduk semakin bertambah, kadar pertumbuhan tahunan penduduk dijangka kekal menurun dan pada masa sama berlaku perubahan pada struktur piramid penduduk.

Abdul Shukur menambah, penurunan pesat kadar kesuburan penduduk dalam dekad yang lalu mempercepatkan proses penuaan negara, sekali gus boleh mempercepatkan perubahan Malaysia menjadi negara tua.

Peratusan penduduk kumpulan umur bekerja antara 23 hingga 59 tahun menjadi nadi kepada pengeluaran produktiviti negara diunjurkan berkurang daripada 65.8 peratus pada tahun lalu kepada 63.5 peratus, pada 2030 dan akan terus berkurangan menjelang 2050.

Perkara ini pula akan menimbulkan masalah kepada negara pada masa akan datang kerana kita bakal kekurangan tenaga kerja, sekali gus terpaksa membawa masuk warga asing yang boleh diianggap satu pembaziran.

Buat mereka yang berkahwin lewat usia, kecenderungan untuk menjadi lebih cerewet adalah tinggi berbanding mereka yang kahwin di usia muda. Itu yang dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani.

Ini adalah disebabkan mereka sudah terbiasa dengan cara hidup sendiri dalam satu tempoh masa yang panjang, sebelum berkongsi hidup apabila sudah berkahwin.

“Mereka juga risau disebabkan risiko tidak subur dan sukar mendapat anak disebabkan umur yang meningkat. Mereka akan tergesa-gesa untuk mengejar mendapatkan anak yang boleh menyebabkan berlakunya stres di kalangan pasangan.

“Perasaan kegagalan juga mungkin tercetus terutamanya di kalangan wanita akibat kesukaran mendapat anak.

“Dari aspek positif, wanita yang berkahwin lambat ini mempunyai fikiran yang lebih matang serta keadaan kewangan yang kukuh yang menyumbang kepada perkahwinan yang stabil,” wanita yang berkahwin lewat adalah satu perkara biasa dalam masyarakat, namun dikhuatiri akan memberikan kesan negatif terhadap kehidupan sosial. Malah, menurut kajian, kira-kira 86.8 peratus responden yang berumur 25 sehingga 49 tahun mempunyai keinginan untuk berkahwin pada umur mininum 31 tahun.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/lelaki-dan-perempuan-yang-kahwin-lambat-adalah-sejenis-banyak-songeh-dan-cerewet/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *