Tips Pengantin : Gaji Isteri Lebih Banyak, Ketahuilah Dia Tak Rela Pun Nak Bayarkan Semua Bil-Bil

Spread the love

Bila pendapatan isteri melebihi suami itu tidak bererti isteri rela menanggung  esemua bil – bil dan tanggungan lain. Sebagai suami, anda perlu ada rasa tanggunjawab dan mahu berubah dan ingin membantunya. Walaupun isteri  enerima anda seadanya, tapi sebagai lelaki perlu ada semangat untuk membantu dan meringankan.

 

Saya isteri yg bekerja dan pendapatan melebihi suami. Segala perbelanjaan saya yg
tanggung.. Duit gaji suami hanya bayar ansuran kereta dan selebihnya utk duit poket dia pergi keje. Salahkah saya meminta dia untuk mencari pekerjaan yang lebih pendapatan ataupun buat keje sampingan untuk menambah pendapatan? Setiap kali saya bercakap soal ni dia tak boleh terima dan kata saya mengungkit dengan apa yang saya bagi pada dia selama ini. Macam mana sy nak redha dan sabar kalu semua benda saya yang tanggung contohnya dara segi sewa rumah, bayar bil2, duit pengasuh anak, belanja dapur. Sedangkan sepatutnya dia yg harus membayarnya.. Saya dah buntu fikirkan nasib saya ni. 

 

Wa’alaikum,

Apabila puan telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami yang  pendapatannya kurang berbanding puan, ini bermakna puan telah meredhai  keadaan itu berlaku. Namun puan akan tertekan kebelakangan ini apabila  merasakan puan telah berkorban lebih banyak berbanding suami. Keadaan ini  membuatkan puan rasa terbeban kerana puan rasakan lebih banyak menguruskan rumah berbanding suami.

Pertama sekali, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana puan dianugerahkan rezeki dan suami yang baik dalam mengharungi kehidupan ini. Mana lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan ini selain hubungan antara suami dengan isterinya? Apa kemahuan suami, harapharap dipenuhi oleh isteri. Begitulah sebaliknya. Tetapi mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya, kebanyakan kemahuan itu dipendamkan sahaja. Tidak diperdengarkan. Jika pun diperdengarkan akhirnya, tetapi semua agak terlewat.

Namun usah dikesali, pengorbanan puan yang seikhlas-ikhlasnya itu akan tetap dinilai oleh Allah SWT. Walaupun hakikatnya suami lebih bertanggungjawab untuk menyara keluarga, namun sekiranya dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik serta memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak disamping mendidik mereka itupun telah dikira tanggungjawabnya terlaksana (sebahagiannya). Pengorbanan puan menyara sebahagian keperluan keluarga akan dinilai sedekah dan dikira kebajikan oleh Allah SWT malah mampu lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bukankah hidup suami isteri yang harmoni itu saling lengkap melengkapi? Contohilah perjuangan Siti Khatijah, isteri Nabi yang menjadi pembantu dan penyumbang besar kepada perjuangan suaminya.

Jika sekiranya kewangan keluarga ditahap yang meruncing sehingga tidak dapat membuat simpanan, eloklah berbincang supaya dapat diatasi. Jangan diungkit apa yang telah puan korbankan, kelak ia akan sia-sia disisi Tuhan. Suami akan lebih bertanggungjawab sekiranya ia memahami situsi dan rasa bertanggungjawab pula untuk mengatasinya. Namun yang paling utama, utamakanlah hak Allah SWT dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Dari segi solat, menutup aurat, amanah, jujur dalam pergaulan dan ibadah jagalah dengan sempurna, insya allah pastinya akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan yang diidamkan. Aamiin.

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/gaji-isteri-lebih-banyak-ketahuilah-dia-tak-rela-pun-nak-bayarkan-semua-bil-bil/?fbclid=IwAR0Cj2UFAmcaTjp9hf_PbSufX8d8Sa5TboMHrpuM8SR7x8v3Dyn_B8zhZJ4a

Post navigation