
Bila kawan kita dah kawin dan kita masih bujang…
Maka tolong fahami 2 perkara ini…
1. JANGAN SELALU AJAK DIA KELUAR…
Biarkan dia luangkan masa dgn keluarganya… itu keutamaan untuk dirinya setelah bergelar seorang suami… masanya perlu dihabiskan bersama isteri dan anak – anak daripada bersama kawan – kawan… cukup – cukuplah dia dah bersama dengan kita bertahun – tahun lamanya ketika dia masih bujang…
2. JIKA DIA MENOLAK UNDANGAN MELEPAK, JEMPUTAN KE KONVOI
MOTOR, AJAKAN KE KARAOKE ATAU SEBAGAINYA…
Maka jangan kata dia takut bini… jangan kata dia dayus… jangan kata dia kena gari…jangan kata kaki dia kena rantai… jangan kata dia kena guna – guna dgn isterinya… jgn menyindirnya atau memerli keputusannya itu kerana dia menolak bersebab dan salah satunya adalah dia ada perkara lain yang lebih penting, yang perlu dibuatnya bersama keluarga pada waktu itu, hari itu atau minggu itu…
Keutamaan seorang lelaki selepas mendirikan rumahtangga ialah keluarga…keluargalah yang perlu dia dahulukan melebihi perkara – perkara lain… apa yang dia selalu buat ketika dia bujang dahulu, ketika dia bersama kita dahulu, mungkin ada yang dia perlu tinggalkan… untuk kebaikan dirinya dan keluarganya…
Tolong fahami keterbatasan seorang kawan yang dah bergelar suami… dia tak lagi suka2 boleh keluar, suka – suka boleh balik lambat, suka – suka boleh buat pelbagai aktiviti dengan bebasnya… dia ada hati yg perlu dijaga dan kegagalan untuk menjaga apa yang sepatut dijaganya, akan memusnahkan ikatan yang dia bina…
Hubungan silaturahim sebagai seorang kawan takkan terputus bilamana dia memilih untuk mendirikan rumahtangga, cuma kena faham bahawa statusnya kini dah berubah…
Dia bukan lagi bujang, dia suami org…
Sumber : https://www.pesonapengantin.my/bila-kawan-kita-dah-kawin-kita-masih-bujang-tolong-fahami-2-perkara-ini/?fbclid=IwAR2F8GUApesTLxMklijYqaY4mGZByTRRZ1K7YrjZffjznia_1jjDQ5Tp6wA