Tips Pengantin : “Jangan Ulangi Kesilapan Saya!” 15 Penyelesalan Brad Pitt Selepas Berpisah Dengan Angelina Jolie

Spread the love

Baru-baru ini, Brad Pitt sudi meluangkan masa untuk bercakap tentang perkahwinan.
Berkongsi melalui pengalamannya sendiri, Brad Pitt kali ini memberikan 15 nasihat rumah tangga bahagia.

Tujuannya hanyalah satu: Brad Pitt tak mahu orang lain mengulangi kesilapan yang sama!

Inilah nasihat rumah tangga dari seseorang yang telah berkahwin dan telah belajar dari kesilapannya:

“Saya bukanlah pakar perhubungan. Tapi, selepas kehilangan wanita yang saya cintai selepas melalui perkahwinan hampir 11 tahun, ini adalah 15 perkara yang saya harap saya lakukan…” 

 

15 Nasihat Rumah Tangga Dari Brad Pitt Untuk Suami

 

1. Jangan berhenti jaga isteri anda

Hargai isteri anda. Anda dah terima hati isteri sebagai hadiah dalam hidup, ini adalah harta paling berharga. Jaga hati isteri anda. Jangan malas untuk tunjuk perasaan sayang pada isteri.

2. Lindungi hati anda sendiri Sayang diri sendiri juga.

Tinggalkan tempat di dalam hati untuk isteri anda seorang. Biarkan
bahagian hati anda hanya untuk isteri anda saja.

3. Jatuh cinta lagi dan lagi dan lagi dengan isteri anda

Lambat laun, anda dan pasangan akan berubah. Anda tak akan jadi orang yang sama 10 tahun yang lalu. Kerana ini, anda perlu jatuh cinta semula dengan pasangan. Jika anda tak hiraukan isteri anda, mereka akan beri hati mereka pada orang lain dan anda akan hilang mereka selama-lamanya. Hargai isteri anda seperti ini adalah kali pertama anda jatuh cinta padanya.

4. Fokus pada kualiti diri isteri

Jangan fokus pada kelemahan mereka. Berikan perhatian lebih pada kelebihan mereka supaya cinta anda tak pudar. 

Ingat: Anda adalah lelaki bahagia kerana anda mempunyai isteri sepertinya.

5. Jangan cuba ubah isteri anda!

Sayangi isteri anda seadanya. Walaupun dia berubah, cuba untuk sayang personaliti barunya sama ada anda suka atau tidak.

6. Bertanggunggjawab

Ambil tanggungjawab dengan diri anda. Bahagia bukan hanya tanggungjawab isteri. Anda juga perlu berusaha untuk pastikan diri anda dan rumah tangga itu sentiasa bahagia, gembira dan disayangi.

7. Jangan tuduh isteri anda jika…

Seorang isteri adalah emosi dan tanggungjawab anda. Anda pilih wanita in kerana anda perlu lalui beberapa cabaran hidup dengannya. Jadi selesaikan masalah anda dengan mereka dan ini akan membantu anda untuk pulih.

8. Sentiasa ada untuk isteri

Apabila isteri sedih atau marah, tugas anda adalah untuk SOKONG isteri dan beritahu dia yang segalanya baik-baik saja dan anda akan sentiasa ada untuknya. Jiwa wanita penuh dengan emosi yang boleh berubah dalam sekelip mata. Kuatkan diri anda, jangan hakimi mereka dan jangan cuba untuk selesaikan masalah mereka.
Cuma pastikan anda dekat dengan mereka. Mereka akan percayakan anda dan buka jiwa mereka.

9. Jangan terlalu serius

Banyakkan ketawa, bukan saja pada jenaka orang lain tapi pada diri anda juga. Buat isteri ketawa kerana ketawa boleh menyelesaikan pelbagai masalah. Kaji personaliti isteri anda: minta mereka untuk buat senarai 10 perkara yang akan buat mereka rasa disayangi. Ingat perkara-perkara ini dan kaji senarai ini hari-hari. Apa yang penting, buat mereka rasa seperti permaisuri.

10. Beri mereka perhatian sepenuhnya

Apabila anda dengan isteri, jangan fikir perkara lain. Layan isteri seperti pelanggan, penumpang dan kawan yang paling berharga.

11. Jangan jadi bodoh

Anda akan buat banyak kesalahan Apa yang penting anda berdua belajar dari kesilapan dan jangan ulangi kesilapan yang sama. Anda memang tak sempurna, tapi cuba untuk tak kecewakan isteri selalu.

12. Mereka perlukan ruang

Wanita berikan segala-galanya tanpa rehat dalam perhubungan, perkahwinan dan anakanak. Jadi mereka perlukan masa dan sedikit ruang peribadi untuk dapatkan kembali kekuatan mereka. Selepas rehat yang baik, mereka akan menjadi lebih bertenaga dan berinspirasi.

13. Jujur

Siapkan diri anda untuk kongsikan ketakutan dan perasaan dengan isteri dan belajar untuk mengaku kesilapan anda. Jika anda nak isteri percayakan anda, siap sedia untuk kongsi SEGALANYA dengannya. Lebih – lebih lagi perkara yang anda sembunyikan untuk jangka masa yang panjang. Anda perlukan keberanian untuk berterus-terang dan tunjukkan sisi yang anda sembunyikan dari orang lain, tunjukkan keberanian dan kejujuran anda. Isteri akan sayang anda lebih lagi.

14 . Jangan terlalu risau tentang duit

Duit datang dan pergi. Ingat: Anda dalam team yang sama. Untuk menang, anda perlu gabungkan tenaga anda dan bukan bersaing sesama sendiri.

15. Sentiasa pilih cinta

Ini adalah satu-satunya nasihat yang perlu anda pelajari, sentiasa pilih cinta. Tak ada apa yang dapat menggugat kebahagian jika anda pertahankan cinta anda. Perkahwinan bukan pengakhiran bahagia untuk kisah cinta anda. Perkahwinan adalah permulaan kerja keras. Perkahwinan adalah kehidupan. Setiap hari, anda perlu jatuh cinta dan sentiasa bina perhubungan anda.

Jadi macam mana? Adakah anda setuju dengan nasihat rumah tangga dari Brad Pitt ini? 

Jika ya, tag suami anda di ruangan komen jom!

Sumber: Conscious Reminder

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/jangan-ulangi-kesilapan-saya-15-penyelesalan-brad-pitt-selepas-berpisah-dengan-angelina-jolie/?fbclid=IwAR2MgmtpghVFY6RF9iObZtuR9QlfdB60ho3VY6N3vCUQVFIeSGxzCSYKu4E

 

Post navigation