Tips Pengantin : Yang Bakal Bermentuakan Orang Kedah, Korang Kena Faham Loghat-Loghat Ni

Spread the love

Buat yang bakal bermentuakan pasangan yang berlainan daerah atau negeri anda, korang kena practice perkataan-perkataan negeri pasangan anda. Ini kerana supaya anda tidak tersalah faham nanti. Terutama yang bakal bermentuakan ”Oghang Kedah’.

 

1. Sekiranya anda susah nak sebut perkataan dalam loghat utara, gunakan bahasa Inggeris.

Insya-Allah, mentua anda faham.

ARE-YARK
ARE-LOCK-STARK
PUNG-GUY
PE-DIE
LOCK-LARK
PUNG-COCK
DA-PORK
TI-DOG

 

2. Apabila mentua anda kata NO, dia maksudkan YES
Contoh, “Selepas Maghrib nanti, kita pi pekan NO.”

3. Sekiranya mentua anda sebut ROTI, dia maksudkan BISKUT
Contoh, “Roti tu nanti hang cicah dengan are-yark kopi. Sedap tengah panas.”

4. Mentua orang Kedah tak sebut “pasar.” Usah buat ghempang dengan kata “pasaiq.” Orang Kedah sebut, “merket.” Sama macam orang New York sebut.

5. Mentua anda tak minum air. Mereka MAKAN air.
Contoh, “Makanlah are-yark kopi tu, sat lagi lekat nasi.”

6. Sekiranya mentua anda kata, “Ambik ni, pi simpan buang,” jangan buang. Pi simpan.

7. Kalau mentua tanya, “Bila hang nak buat lagu tu,” usah mula menyanyi. Malu kat orang kampung nanti.

8. Apabila mak mentua ajak menyorok, usah pergi sembunyi di sebalik pintu. Cepat-cepat pergi dapur.

Kredit:
Norizan Bin Sharif Official

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/yang-bakal-bermentuakan-orang-kedah-korang-kena-faham-loghat-loghat-ni/?fbclid=IwAR0is9JGO6iRyW-7-jgE5XaskvX8hwRRMUlPImUXuviatyqUiHjitmxO4hk

Post navigation