Tips Pengantin : Buat Yang Bakal Bernikah, Ini Tips Penting Persediaan Nikah di Johor

Spread the love

Persediaan ni, kalau kita tak tahu mana nak mulakan dulu, susah. Maka dengan perkongsian ini, harap membantu. Terutama buat mereka yang ingin bernikah di Johor.

 

1. Dah decide tarikh bila nak nikah . Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat preparation untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu.

 

2. Hadir kursus kahwin, kalau dah hadir lama, kena buat revision semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.

 

3. Lengkapkan permohonan di pautan online di http://encr.johor.gov.my. Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada yang masih pakai offline, ada juga borang kena ambil di pejabat.

4. Download segala borang borang yang patut pada pautan online tu, dan lengkapkan. 

 

5. Buat Pemeriksaan HIV di poliklinik terdekat. Borang yang dah di muat turun tu, siap dengan borang HIV Check.

 

6. Jumpa ketua kampung mukim tempat kita tinggal untuk dapatkan borang pengesahan akuan bujang daripada ketua kampung tu. Bila kita tanya kita nak nikah, ketua kampung akan keluarkan borang khas, siap tandatangan n cop.

 

7. Hadir temuduga, antara yang disoal adalah Mengucap dua kalimah shahadah, bacaan Alfatihah, rukun nikah, doa qunut, tanggungjawab bersama suami isteri selepas Submit segala borang & buat pembayaran ke pejabat Kadi.

 

8. Bila lulus, Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti.

 

9. Sediakan duit untuk upah imam, dan saksi ??

 

10. Selamat bernikah, semoga berjaya.. Jangan lupa kena ingat lafaz akad nikah bagi
pengantin lelaki, “..Aku terima nikah, Nurlidya Izzati, dengan mas kahwin RM22.50 tunai..”

 

KETERANGAN:

 

1. DAH DECIDE TARIKH BILA NAK NIKAH ??.

– Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat persediaan untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu.

 

2. HADIR KURSUS KAHWIN,

– Hadir kursus kahwin dengan bayaran RM120 untuk dua hari tak silap. Syarat hadir kursus kahwin, mesti dah siapkan gambar bersongkok (lelaki), Berbaju kurung menutup aurat Wanita). Biasanya pejabat kadi pun ada anjurkan di kawasan masing masing. Selesai kursus  dapat sijil. Guna untuk permohonan nanti. kalau dah hadir lama, kena buat ulangkaji semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.

 

3. LENGKAPKAN PERMOHONAN BARU DI PAUTAN ONLINE

– Buat permohonan di http://encr.johor.gov.my. Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada juga pakai online, ada juga borang kena ambil di pejabat. Kedua pasangan perlu kemukakan permohonan baru.

 

4. PRINT BORANG BERKAITAN YANG ADA DALAM PAUTAN ENCR.

– Selepas anda lengkapkan permohonan baru di pautan ENCR tu. Anda boleh muat turun slip permohonan kebenaran nikah, Borang laporan kesihatan (HIV), Senarai semak dokumen, dan borang pengesahan saksi untuk bernikah. Anda dah boleh muat turun atau terus cetak borang borang tu dari pautan web EncrJohor tu.

 

5. BUAT PEMERIKSAAN HIV DI POLIKLINIK TERDEKAT.

– Borang yang dah dah di muat turun tu, sila cetak, siap dengan borang HIV Check. Boleh buat 1-3 bulan sebelum nikah. Hanya sah klinik/poli klinik kerajaan tau. Kalau Swasta tak terima.

 

6. JUMPA KETUA KAMPUNG MUKIM TEMPAT KITA TINGGAL

– Bagitahu jerr, kita nak nikah, nak surat akuan diri, ketua kampung akan keluarkan borang khas daripada ketua kampung sendiri. siap tandatangan n cop. Maaf, borang ni tiada dalam pautan Encr tau. Kena jumpa ketua kampung/penghulu/pengurus felda.

 

7. TENTUKAN SIAPA SAKSI BORANG KITA.

– Saksi borang tak semestinya daripada saksi Akad ya.. Saksi borang mesti LELAKI selain adik beradik. Saya guna kawan lelaki. Dapatkan tandatangan dan salinan IC kedua saksi borang tersebut.

 

8. SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN SOKONGAN

– Dokumen sokongan ini termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, ibu, saksi borang (salinan shj), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermustautin (jika alamat johor, nikah kat KL sbb dduk KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, Sijil nikah Ayah & Ibu (untuk pasangan perempuan), dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di orang Senarai Semak Dokumen di Pautan ENCR yang anda dah print tadi. 

 

9. BERSEDIA UNTUK DITEMUDUGA

– Borang dan segala dokumen sokongan itu perlu Submit & buat pembayaran di pejabat Kadi, dan selepas itu anda akan di temuduga.

 

10. PAKAIAN SEMASA TEMUDUGA

– Yang lelaki mesti pakai kemeja/baju melayu/ tshirt berkolar dan BERSONGKOK, mana perempuan BAJU MELAYU. Kalau tak kena marah nanti. hehe

 

11. JAWAB SOALAN TEMUDUGA

– Saya ada share soalan temuduga sebelum ni. Tapi pastikan lah, tahu kalimah syahadah beserta maksudnya. Tahu bacaan Al-fatihah sebab memang baca dalam solat, Tahu bacaan Qunut, sebab bacaan dalam solat subuh. Lain-lain kalau tak ingat tu, tak apa. Yang disebutkan tadi kalau tak lepas, kena balik bertalaqi lutut ke lutut dengan imam kawasan.

Mana boleh nak nikah mengucap pun tak reti. Sebab perkahwinan bukan sekadar berkahwin jerr, tapi adalah membina zuriat beragama islam tau.

 

12. SELEPAS LULU TEMUDUGA, PEJABAT KADI AKAN SERAH FAIL KHAS.

– Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti. Nanti pejabat akan sebut siapa nama imam nanti. Tugas kita, serahkan semua fail tu kepada tok imam. Tok imam yang nikahkan kita tau. Jangan tersalah tok imam. Sebab nama imam ada tertera di f

13. BAYARAN UPAH IMAM DAN SAKSI AKAD NIKAH

– Kita siapkan siap siap dalam sampul. Ada tiga sampul tak silap saya. Biasa bayaran upah ini pejabat kadi akan maklumkan berapa. Kalau tak tahu, tanya imam. 1 sampul untuk imam, dua sampul untuk saksi.??

14. PRAKTIS LAFAZ AKAD

– Kena ulang ulang, takut nervous kan. Praktik sebulan sebelum. Hari hari sebut. Dan doa agar dipermudahkan Allah. Lafaz Akad, “..Aku terima Nikah………(Nama Penuh Pasangan Perempuan).. Dengan mas kahwin RM22.50 Tunai..” SELAMAT BERNIKAH.. Semoga bermanfaat. Silakan SHARE, tag pasangan yang bernikah tahun ni. Aminn..

 

Kredit : Baitul Taaruf

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/buat-yang-bakal-bernikah-ini-tips-penting-persediaan-nikah-di-johor/?fbclid=IwAR1VBithCXcE2QFLVwdzudjQgI5cbJ0YMoEvpJXvJsjY1lqO50FWg2BviV4

Post navigation