Tips Pengantin : Hantaran Tunang Terbaik Untuk Pengantin Lelaki & Perempuan

Spread the love

Majlis pertunangan dah dekat? Banyak persediaan yang kena disediakan supaya majlis berjalan dengan lancar. Salah satu daripadanya termasuklah hantaran tunang.

Hantaran tunang merupakan pertukaran barang sebagai hadiah antara pihak keluarga lelaki dan perempuan, setelah kedua2 belah pihak setuju meneruskan hubungan anak utk ke jinjang pelamin.

Awantona list kan 26 hantaran yg sesuai untuk majlis pertunangan buat pihak lelaki dan juga perempuan.

 

𝙃𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙏𝙪𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙇𝙚𝙡𝙖𝙠𝙞

1. Set Baju Melayu

Baju Melayu merupakan pakaian tradisional Melayu yg kekal relevan sehingga kini. Ia sering kali dipakai pada musim perayaaan dan juga untuk menunaikan solat di masjid. Pemakaian Baju Melayu boleh disertakan dgn samping dan songkok sbg hantaran buat pasangan.

2. Sejadah
Selain telekung, sejadah juga selalu dijadikan sebagai hantaran tunang. Bukan sahaja sebagai alas untuk mendirikan solat, bahkan juga sebagai hadiah buat pasangan untuk majlis pertunangan.

3. Kain Pelikat

Sebagai hantaran, korang boleh menghias kain pelikat ini bersama bunga-bungaan supaya kelihatan menarik ketika majlis pertunangan.

4. Minyak Wangi

Selain daripada kain pelikat, minyak wangi juga sering digunakan sebagai hantaran untuk pihak lelaki. Korang boleh mendapatkan minyak wangi lelaki yang berjenama seperti BOSS, Dunhill, Calvin Klein dan lain-lain lagi di kedai mahupun secara online.

5. Kasut 

Terdapat pelbagai jenis kasut yang boleh dihadiahkan kepada lelaki. Antaranya termasuklah kasut Monk Strap, Oxford, Derby, Chukkas, Loafers dan sebagainya.

6. Set Penjagaan Kulit (Skincare)
Walaupun tak semua lelaki ambil berat tentang penjagaan wajah, namun tak menjadi
halangan untuk korang jadikan produk-produk khas ni untuk lelaki sebagai hantaran.

7. Jam Tangan
Lelaki dan jam tangan tak boleh dipisahkan. Bentuk dan harganya yang pelbagai boleh melambangkan personaliti seseorang lelaki. Dalam hal pemilihan jam yang terbaik, korang boleh memilih jenama jam berdasarkan bajet yang ditetapkan.

8. Tali Pinggang
Bukan sekadar aksesori biasa, tali pinggang jugak digunakan sebagai pengetat lilitan seluar dengan lebih kemas. Terdapat dua jenis tali pinggang yang boleh dipilih untuk dijadikan hantaran iaitu sama ada tali pinggang formal atau tali pinggang kasual.

 

𝙃𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙏𝙪𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙚𝙧𝙚𝙢𝙥𝙪𝙖𝙣

1. Baju Kurung/ Kebaya/ Jubah
Baju kurung tradisional di negara ini memiliki pelbagai rekaan tersendiri mengikut negeri. Contoh, baju kurung Pahang, baju kurung Kedah dan sebagainya. Korang boleh hadiahkan pasangan korang pakaian yang anggun sebagai hantaran pertunangan nanti.

2. Set Barang Kemas
Selain pakaian, set barang kemas seperti gelang, rantai dan cincin juga boleh dijadikan sebagai hantaran. Aksesori seperti ini amat disukai wanita kerana dapat membantu menaikkan seri mereka.

3. Set Mandian
Para wanita amat menitik beratkan kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian. Set mandian seperti syampu dan sabun badan yang wangi dan berkualiti amatlah bermakna untuk mereka.

4. Kasut
Selain kasut lelaki, kasut wanita juga mempunyai pelbagai jenis dan pilihan. Antaranya termasuklah Wedges, Ballerina, kasut tumit tinggi dan sebagainya.

5. Tudung
Salah satu tips yang boleh korang lakukan sekiranya memilih tudung sebagai hantaran adalah dengan mengetahui apakah jenis tudung yang pasangan korang suka. Antara jenama tudung yang terkenal adalah seperti Naelofar Hijab, Radiusite, Duckscraves dan Sugarscarf.

6. Telekung
Korang boleh memilih telekung yang ditawarkan oleh mana-mana jenama yang terkenal di Malaysia dan salah satunya adalah telekung Siti Khadijah. Selalunya, telekung dipilih berdasarkan keselesaan dan rekaan yang menarik hati pasangan.

7. Kain Pasang
Selain membeli pakaian siap, kain pasang juga boleh diberi kepada pasangan. Korang boleh memilih kain pasang yang pelbagai di gedung pakaian terkenal di Malaysia seperti Jakel atau Nagoya untuk mendapatkan kain pasang pilihan hati.

8. Beg Tangan
Selain amat berguna untuk mengisi barang, rekaan beg tangan yang menarik juga dapat berfungsi sebagai aksesori apabila bergaya. Dalam pemilihan beg tangan ni, korang haruslah mengetahui citarasa pasangan.

 

Sumber : https://pesonapengantin.my/hantaran-tunang-terbaik-untuk-pengantin-lelaki-perempuan/?fbclid=IwAR30hRtkme1tMf2o5CHcraaDd3Ny1guCj7YTe5TEnO6VX5ds-XOxCdZRErk

Post navigation