Tips Pengantin : Tak Semua Isteri Suka Meminta. Suami Kena Ambil Tahu, Sebab Dia Takkan Beritahu

Spread the love

Kepada para suami….

Terutama yang isterinya suri rumah, sebab yang suri rumah ni biasanya takde duit sendiri.

Semua harap duit dari suami. Sesekali tu cuba tolong lipat pakaian isteri. Tengok keadaan pakaiannya. Elok lagi ke. Tengok baju dalam dia, dah longgar ke, tengok seluar dalam dia, dah koyak ke. Tengok kain batik dia, dah berapa kali jahit. Tengok tshirt dia, dah reput ke ke bahagian yang selalu kena air tu.

 

KALAU NAMPAK KEKURANGAN PADA PAKAIAN DIA, CUBA TANYA KENAPA PAKAI BAJU YANG DAH KOYAK NI? DIA MESTI JAWAB, ELOK LAGI TU. BANYAK KENANGAN BAJU TU. PALING KOMAN PUN DIA JAWAB, ALAAA, BUKAN PEGI MANA PUN, DOK UMAH JE.

 

Bila isteri bagi alasan macam ni, lihatlah kewangan yang anda bagi pada dia. Cukup tak? 

Lihatlah makanan yang dia masak untuk keluarga, cukup tak? Andai semua nampak cukup, bermakna semua kewangan yang anda bagi kepada dia, dia gunakan sepenuhnya untuk keluarga hingga mengabaikan keperluan dirinya sendiri.

Bunyinya macam kelakar. Tapi itulah caranya untuk anda paham situasi isteri. Tak semua isteri suka mengadu, suka meminta. Ada yang diam, mengorbankan hatinya demi kebahagiaan insan lain yang dia sayang.

Sian dia kan. Lalu anda bagi duit suruh dia beli pakaian baru, kan? Anda rasa betul tak cara tu? Cara itu salah sama sekali. Sebab apa? Sebab dia takkan beli pakaian dengan duit tu tapi dia akan beli barangan lain untuk keperluan rumah. Maka, ambillah masa, bawa dia ke kedai pakaian, belikan pakaian untuknya. Tunggu dia memilih pakaiannya dan letak di kaunter. Anda bayar. Baru selesai.

Dan kepada para suami yang isterinya bekerja, anda juga perlu melihat semua ini.

Kerana pakaian adalah satu keperluan yang termasuk dalam nafkah yang wajib anda beri walaupun isteri anda bekerja.

Anda kena ambil tahu. Sebab dia takkan beritahu.

Nukilan Farizal Radzali

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/tak-semua-isteri-suka-meminta-suami-kena-ambil-tahu-sebab-dia-takkan-beritahu/?fbclid=IwAR33j0obdBAC75zumvJo_7FNI4ijxP85UqKu_O-Jed4lwf1NtjzHh9cx5O8

Post navigation