Tips Pengantin : Rupanya Tak Susah Nak Pikat Crush, Cuma Nak Crush Suka Kita Yang Susah

Spread the love

Tips Untuk Pikat Lelaki Idaman

 

Jangan lupa iringi Solat Sunat Istikharah untuk memohon petunjuk. Dan juga solat sunat dhuha untuk memohon rezeki.

Bukan yang berniaga sahaja yang mesti solat sunat dhuha ya

 

Jadi pendengar dan penyokong yang setia


Perempuan dari segi fizikal nya nampak lemah, tapi yang lemah lemah ni lah yang menjadi pembantu kuat semangat banyak laki laki. Dan kalau laki laki yang memang sentiasa ada yang menyokong, siapa lah yang tak suka.

Untuk keluarga berikan sokongan malu lah pula, untuk harapkan kawan laki dikata
sentimental pula.

 

Kenali pesaing anda


Mungkin ini teknik kotor sikit. Tapi bukan bermaksudnya untuk berdendam.

Kalau memang lelaki tu insyaAllah boleh membahagiakan kita dunia akhirat. Apa salahnye berebut kan.

Dengan mengenali pesaing anda mungkin sedikit sebanyak dapat anda nilai apa yang boleh anda buat untuk perbaiki “prestasi” anda.

Pasti ramai yang ada lihat Kuch Kuch Hota Hai, kenapa Kajol lari naik train?

Sebab pasrah. Yang dirinya tak akan dapat menyaingi Rani.

 

Tanam dalam diri – jika aku tak dapat pasti ada yang lebih baik


Dalam hubungan realiti ada macam tu juga, bukan semua yang kita rancang ingin bersama dengan seseorang tu akan pasti. Rileks, sabar. Pasti ada nanti.

So, tips ketiga ini lebih kepada bersandarkan kepercayaan kita akan rezeki. Kalau itu yang ditakdirkan kita mesti terima.

Yang penting percaya, kalau Allah tarik rezeki aku dengan seseorang ini, pasti Allah nak simpan dan taruh rezeki yang aku dapat sekarang ni dengan pertemuan yang jauh lebih baik lagi.

 

Pandai memasak

 


Bagi mereka try masakan anda pikat lelaki dengan masakan. 

Try lah masak satu gulai bagi dia. Tapi jangan bagi tahu family, nanti ada pula yang meluat kan.

Tak pe lah, biarlah family meluat. Tapi si lelaki yang terima makan ni mesti kembang.

Yang satay atas tu tak perlu, melampau sangat kan. Nanti lain pula yang terbakar.

Tip Kelima – jangan terlalu mengongkong

Untuk tip pertama tadi ialah memberi sokongan. Lelaki memang sukakan ini. 

Namanya “sokongan padu”

Tapi kalau sokongan berpadu padu buat laki jadi rimas.

Maka elok lah cool down sedikit. beri sedikit masa.

Jangan terlampau nak itu nak ini. Tengok juga kepada kemampuan mereka.

Dan jangan pula kalau tak dituruti rasa tak sayang pula. BRIM bukan setiap bulan.

 

Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya

 

Seperti contoh: Bila si laki rasa yang anda ni mudah untuk mereka ceritakan apa apa. Yela, anda beri sokongan, tak mengongkong. Mesti mereka akan berasa senang kan.

Dan bila ini berlaku, mesti pasti akan juga senang untuk ceritakan masalah mereka contohnya.

Bila mereka cerita, jangan pula cerita dekat orang lain. Macam hubungan suami isteri, baik buruk pasangan kita biar dalam rumah je, jangan bawa keluar.


Walaubagaimanapun untuk bincang melalui kepercayaan ia satu topik yang luas.


Nak bercinta kena ada ilmu, bukan mesti ada perasaan sayang sahaja.

 


sumber : https://akuislam.com/

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/rupanya-tak-susah-nak-pikat-crush-cuma-nak-crush-suka-kita-yang-susah/?fbclid=IwAR3Lr1NC5Z9DBHeB0VupoRGJpYg_27-RuScT4LGuryw6igReB5LEdnaF5Yk

Post navigation