Tips Pengantin : Sedihnya Hati Seorang Isteri, Bila Lihat Suaminya Malas Solat

Spread the love

Apa yang perlu dilakukan, bila suami yang menjadi ketua keluarga liat untuk melakukan solat.

Sebagi isteri anda layak menegurnya kerana dia adalah tunjang kepada keluarga dan perlu berikan contoh terbaik pada anak-anak. Jadi apa yang perlu anda lakukan agar suami tidak terasa hati.

Pertama sekali ingatlah, sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita, jika kita memilih jalan keredhaan Allah ia adalah merupakan ujian daripada Allah kpd kita. Untuk menilai sejauh mana pergantungan kita kepada-Nya. Disamping itu juga untuk kita menilai diri jika ada kesalahan silam yang mungkin belum bersungguh kita bertaubat dan memohon keampunan kepada-Nya. Sebenarnya setiap segala yang berlaku pada kita adalah berpunca dari kita sendiri yang mungkin salah membuat penilaian dan tindakan sebelum ini.

 

Walaupun begitu, setiap apa yang berlaku kita fikirkan positif yakni husnuzhon dengan Allah SWT. Kita mulakan dengan diri kita untuk membuat perubahan sebelum mengajak orang lain.

Disamping itu bersabar dan istiqamahlah serta berdoa dengan bersungguh2 dengan apa yang kita harapkan kepada Allah SWT.

 

Untuk menegur suami kita hendaklah dengan cara berhikmah.. seorang suami amat tidak suka kalau isterinya menegur secara terus. Ini akan mencabar statusnya sebagai seorang suami.

Apa yang perlu puan usahakan..

 

1) Mulakan dulu menjaga solat pada awal waktu dan sekali sekala mengajak suami solat berjemaah dengan memberi kata-kata pujian pada suami.

 

2) Seterusnya banyakkanlah bertaubat untuk diri sendiri disamping solat hajat yang khusus untuk suami berubah. Kalau boleh bangun dipenghujung malam solat tahajjut, taubat dan hajat.

 

3) Banyakkan selawat pada makanan yang kita sediakan untuknya seperti air minuman, makanan dsn, disamping berdoa dalam hati berserta selawat ke atas nabi moga Allah SWT lembutkan hati suami agar taat kepada perintah Allah.

 

4) Hendaklah berusaha menjaga akhlak dihadapan suami dengan memberi layanan yang terbaik.. moga dengan cara itu suami akan lebih menghargai dan akan lembut hatinya.

Semoga kita semua menjaga solat dari sekarang, apatah lagi bila sudah berkahwin. Inginkan kebahagian di dunia, untuk akhirat jangan sesekali lupa.

 

 

Sumber : https://www.pesonapengantin.my/sedihnya-hati-seorang-isteri-bila-lihat-suaminya-malas-solat/?fbclid=IwAR3L5Ow2SErV3ZWFRKPDuRg6frEpFozxiJbaFK7bpyMQjaclZS0MH9D7FKo

Post navigation