Tips Pengantin : Tak Jaga Solat Boleh Jadi Punca Penceraian Suami Isteri- Mufti Wilayah Persekutuan

Spread the love

Pasangan suami isteri yang gagal mempertahankan keharmonian rumah tangga sehingga berlaku penceraian didapati berpunca daripada sikap keengganan menunaikan solat lima waktu.


Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, kegagalan menjaga rukun Islam kedua itu menyebabkan wujudnya habluminassyaitan iaitu hubungan yang terbina antara manusia dengan syaitan.


“Kalau solat ini merupakan hablumminannas(hubungan sesama manusia), bila mana
wujudnya habluminnallah (hubungan manusia dengan Allah), hablumminannas akan terwujud.


“Bila wujudnya hablumimallah, maknanya tak wujud lagi hablumminasyaitan kerana sifat syaitan akan pisahkan suami isteri, tetapi apabila ini berlaku, dia akan jadi kukuh dan ampuh,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada Jumaat.

 

Menurut Zulkifli, antara tanggungjawab Nabi Muhammad SAW apabila berada di rumah adalah mengajak keluarganya menunaikan solat.


“Mintalah keluarga kamu untuk solat dan sabar dalam mengerjakannya. Itu tiang agama.


Tuan-tuan minta maaf cakap secara ekstrem sikit, kenapa rumah tangga keluarga berceraiberai? Minta maaf kita minta berlindung daripada Allah SWT biarlah keluarga kita baik-baik semua.


“Salah satu puncanya tak pernah solat jemaah dan bersama-sama, sebab itu Allah bila cerita ayat cerai dalam al-Quran seperti surah Al-Baqarah,” katanya.


Jelasnya, di celah-celah ayat cerai, Allah sengaja menyebut sepotong ayat yang menyuruh umat manusia menjaga solat yang lima waktu dan juga solat pertengahan penuh taat serta patuh.


“Kemudian bincang balik ayat cerai, ulama fikir apa puncanya. Fikir punya fikir, mereka kata apa, siapa yang jaga solat, rumah tangga dia kukuh,” ulasnya.


Sumber : Astro Awani

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/tak-jaga-solat-boleh-jadi-punca-penceraian-suami-isteri-mufti-wilayah-persekutuan/?fbclid=IwAR2NJtvCE2Rt-HdIXyUZn1OXGbNzU3iJz5_JcYpCKXJ2NKfpXrv69pChO-o

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *