
Tak semua love story itu mempunyai happy ending..
Berita perpisahan #songsongcouple di antara pelakon drama Korea, Song Joong ki dan Song Hye ko membuatkan ramai tersentak dan menjadikan topik itu sebagai berita nombor 1 yang menduduki carta trending.
BACA: Song Hye Ko Dedah Punca Akan Bercerai Dalam Tempoh Sebulan
Pasangan Descendents of the Sun itu merupakan antara couple goals yang diimpikan oleh ramai peminat mereka. Malah mereka berada dalam kesemua carta Top 5 “Korean Dream Couples” pada akhir tahun lalu setelah berkahwin.
Tetapi itulah, tak semua hubungan cinta akan berkekalan dan ini adalah buktinya. Korang pun mesti mempunyai kenalan rapat yang pernah putus di tengah jalan. “BUT GUYS, KENAPA?” Mungkin salah satu punca ini adalah sebabnya.
01
Jarak Jauh
Bila korang tak berjumpa sehari dua, dah sibuk nak Facetime lah, telefon berjam-jam lah, WhatsApp dan sebagainya. Inikan lagi apabila korang berada di lokasi yang teramat jauh di antara kalian berdua.
Ada yang berjauhan disebabkan sambung pengajian di luar negara, dan juga disebabkan tuntutan kerja yang memerlukan pasangan selalu ‘terbang’ ke sana-sini.
Bila dah lama tak jumpa, hanya rindu je yang tinggal. Besar kemungkinan cinta sudah tiada lagi.
02
Belum Betul-Betul Kenal Hati Budi
Sebab itulah dalam budaya masyarakat di Malaysia, kita DIWAJIBKAN untuk menemukan pasangan dengan ahli keluarga.
Kadangkala, cinta membuatkan kita buta dan ingin segera melangsungkan perkahwinan. Tapi ada perkara yang hanya orang di sekeliling akan perasan mengenai hubungan kalian.
Bukan sebab mereka cemburu dengan kemesraan kalian, tapi kerana mereka betul-betul sayangkan korang dan enggan melihat kalian melakukan kesilapan terburu-buru.
03
Mengongkong Kerana Cemburu
Cemburu adalah perkara yang baik sebenarnya dalam relationship, tetapi pada kadar yang minimum. Kalau pasangan sudah mula melihat talian mesej WhatsApp korang, melihat senarai nama panggilan telefon, DM di Instagram, komen di setiap Facebook post korang….
Maksudnya dia sudah mengongkong kerana merasa insecure dan itu ada toksik dalam perhubungan.
BACA: Mengapa Kamu Sering Cemburu Buta?
04
Pasangan High Maintenance
Aduh, ni topik yang agak sensitif. Ada yang berpendapat it is okay to spend on your other half.
Iyalah, dah sayang semua benda pun kita sanggup belikan. Namun, jika sudah timbul persoalan mengapa hanya korang yang membelanja si dia and not the other way around, maksudnya pasangan adalah seorang yang high maintenance.
‘High maintenance’ itu bukan hanya untuk orang yang sukakan barangan mahal-mahal je, tetapi
juga untuk orang yang suka dibelanja bak puteri. Amboi, kita belum HALAL lagi kau dah minta nonstop!
05
Kehendak Pasangan Diabaikan
Tapi itu tak bermakna korang harus abaikan kehendak dia.
Korang hendakkan sesuatu daripada perhubungan ini seperti rasa disayangi, perhatian, barangan, dibelanja makan dan sebagainya. Tapi kehendak dia, korang pandang sepi pula. Ini selalu terjadi di kalangan pasangan lelaki yang terasa seperti diabaikan.
06
Ego
Rasanya tak perlulah penulis terangkan punca keenam ini.
Semua orang ada ego, tak kiralah lelaki atau perempuan. Cara korang ketepikan ego demi relationship yang sebenarnya membezakan hubungan berjaya dan hubungan berkecai.
07
Dah Penat Cuba Selamatkan
Bukan tak mahu selamatkan cinta, tetapi kadangkala korang seakan bertepuk sebelah tangan.
Korang lakukan segala-galanya untuk memastikan ‘masa-masa gentir’ di antara kalian dapat berlalu pantas.
Kalau sudah baiki tapi retak hubungan kembali muncul tak sudah-sudah…
Penatlah!
SUMBER : https://www.remaja.my/7-sebab-couple-paling-serasi-pun-boleh-break-up-secara-tiba-tiba/?fbclid=IwAR09PDpqUfoykqpcBom23GsvhMXh_7KpZDkHfSJvdkh3PSADCNLvdjYJhpU