Tips Pengantin : Usahlah Terlalu Risau Andai Jodoh Tidak Kunjung Tiba, Teruskan Amalan Doa Ini

Spread the love

Melihat teman-teman lain sudah mempunyai teman hidup sedikit sebanyak membuat diri rasa runsing. Soal hati, apa kurangnya diri berbanding dengan mereka? Usia sudah melewati 25 tetapi masih tidak mempunyai teman hidup. Usahlah terlalu risau andai jodoh tidak kunjung tiba. Sebagai manusia yang percaya akan kuasa Allah, sentiasalah berikhtiar tanpa jemu.


Salah satu ikhtiar kita untuk mendapatkan jodoh, adalah berdo’a. Cubalah amalkan setiap malam jumaat surah Alam Nasyrah 313x,setiap selesai 10x maka bacalah :
اللھم اشرح صدور اولاد ادم وبنات حواء وارزقنى الزوجة الصالحة التى تحبھا وترضاھا وارزقنى الزوج الصالح الذي تحبھ وترضاه
AllahummaSyroh Shuduura awlada adam wa banaati hawa warzuqniy zaujatas Shoolihatal latiy tuhibbuha watardhoohaa war zuqniyz zawjas shoolihul ladzii tuhibbuha wa tardhoohu

“Ya Allah lapangkan hatinya anak cucu Adam dan Ibu Hawa, dan berikanlah kami jodoh perempuan yang Engkau cintai dan Engkau Redhai, dan berilah kami jodoh laki-laki yang Engkau Cintai dan Engkau Redhai”


Insya Allah dengan keberkatan ayat Quran di atas Allah berkenan memberikan jodoh kepada kita. Sementara di bawah ini ada juga beberapa do’a untuk mempercepat mendapatkan jodoh:

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
Janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya
Jangan biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya
Kikislah pesonanya dari setiap pelupuk mataku
Usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari pada-Mu yang tulus dan murni 

 

 

Bantulah aku agar dapat mengasihinya sebagai seorang sahabat

Tetapi jika engkau ciptakan dia untukku, ya Allah, satukan hati kami
***


Bantulah hamba untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya

Berikan hamba kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya

Lembutkan hatinya agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima hamba dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan

Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku
dengannya
***


Ya Allah Maha Pengasih,

Dengarkanlah hamba-Mu ini

Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu

Allah Yang Maha Kekal,

Aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku

Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya

Semua ini untuk hidup lebih dekat dengan-Mu, lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu

Bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan

Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, ya Allah.

 


Selain berdo’a kita juga harus tetap berusaha agar jodor yang kita nanti-nantikan segera hadir. Salah satunya ialah dengan meningkatkan kualiti diri supaya lebih baik dari hari ke hari.

Ingatlah bahawa jodoh kita adalah cerminan dari diri kita sendiri. Apabila semua usaha telah dilakukan, seterusnya kita pasrahkan semua kepada Allah dan berharap yang terbaik.

 

Sumber: islamidia

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/usahlah-terlalu-risau-andai-jodoh-tidak-kunjung-tiba-teruskan-amalan-doa-ini-2/?fbclid=IwAR1zoIBzdv_IejTZcOlrjHviMO7NMdf1KOOesTFlz60KBQljjAsfaw-wHPE

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *