Tips Pengantin : Berkahwin Dengan Duda? Ini Antara Kelebihan Dan Cabaran Yang Anda Kena Hadap

Spread the love

Cinta itu buta, ia tidak mengenal usia mahupun status. Biarpun ramai yang ingin membayangkan bertemu jodoh dengan pasangan seusia, tapi itu bukan hak kita untuk menentukannya.


Semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Kuasa. Kalau dah ditakdirkan kita bertemu pasangan dengan duda nak buat macam mana bukan? Kita sebagai masyarakat perlu membuang perspektif negatif terhadap golongan ini. Sudah takdir mereka jodoh tidak lama.


Hidup mesti diteruskan. Terimalah dengan hati yang terbuka. Tetapi, terdapat situasi mungkin agak berbeza jika anda memilih si duda untuk menjadi pasangan anda. Namun, jangan risau semuanya pasti akan baik-baik sahaja. Mari kita lihat antara cabarannya.

 

1) Perlu bersedia
Selain bersedia untuk berjumpa keluarganya, anda perlu memikirkan pasal diri anda terlebih dahulu. Mungkin pada dasarnya anda mencintainya, tetapi agak sukar untuk anda menerima dirinya kerana anda perlu berkongsi dengan anak-anaknya juga. Jika anda sudah bersedia mengharungi dugaan bersama maka teruskanlah niat anda untuk memilih duda sebagai calon hidup anda.


2) Belajar menyayangi anaknya
Berkahwin dengan duda akan membuatkan anda menjadi ibu ‘segera’ pada anak-anaknya dan akan digelarkan ibu tiri. Namun, jangan sesekali bersikap memilih dalam memberi kasih sayang kepada anak. Sebaiknya beri layanan sama rata agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Sayanglah mereka seperti anak anda sendiri.


3) Jangan putuskan ikatan
Mungkin akan ada situasi yang anda perlu faham apabila anda berkahwin dengan pasangan yang duda ini. Kerana mungkin akan ada sedikit konflik dimana sekiranya pasangan anda adalah duda yang ditinggalkan isteri sebab kematian atau penceraian. Namun, anda dan pasangan boleh mencuba dan menyokong antara satu sama lain agar rumah tangga anda dan si dia tidak seperti perkahwinannya yang lepas.


4) Lelaki bergelar duda lebih memahami
Jika si lelaki itu duda, maka dia sudah memahami selok-belok rumahtangga dan akan bersikap lebih matang. Mereka akan lebih memahami masalah yang bakal ditempuhi dalam hubungan suami isteri dan mempunyai pengalaman bagaimana ingin menyelsaikannya.


5) Bijak mengurus kewangan
Kebiasaanya keadaan kewangan lelaki bergelar duda sudah pun cukup matang dalam mengurus hal kewangan. Inilah antara sebab sesetangah wanita tidak kisah jika jodoh mereka bersama duda.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/berkahwin-dengan-duda-ini-antara-kelebihan-dan-cabaran-yang-anda-kena-hadap/?fbclid=IwAR04qQRSN7DZPAgavZe_KGew7dym5SnLG22EKSREQqfo_73FwBUdg67QSzQ

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *