Tips Pengantin : Tugas Dalam Rumah Tangga Jangan Ikut Budaya Melayu, Tapi Ikut Apa Yang Nabi Ajar

Spread the love

Dalam perkahwinan, kedua-dua pihak, iaitu suami dan isteri mempunyai tanggung jawab masing-masing terhadap pasangan mereka dan rumah tangga. Antara tanggungjawab yang sering menjadi pertikaian suami isteri adalah siapa yang bertanggungjawab melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah dan mengasuh anak-anak.


Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga Tuan Haji Hussim, sahabat baik kepada Dato` Hj Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya.


Katanya:

“Saya bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecil, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua… tu kerja saya… Isteri saya kata, “abg, malam-malam abg ambik alih buat kerja tu semua ok”… kita sama-sama kerja.


“Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas… Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan saya tak malu mengaku..”


Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya;


Suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn, siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri, siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

 


Habis isteri?

Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.


Sebab itu kalau sama-sama kerja, sama-sama buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.


Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung.


Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?


Kita hari ni orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas-ikhlas juga, sia-sia saja.


Last-last penat dapat, dosa pun dapat”


USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:

“Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya.

Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.


Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja dirumah melayani kepentingan keluarga.


Jika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil”


Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.


Ikutlah acuan yang Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, baginda lah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.


Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.


Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kecantikan dan kasih sayang seorang isteri.


Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu… sama-sama memuliakan antara satu sama lain.


Wallahu a`lam

 

 

SUMBER : https://pesonapengantin.my/tugas-dalam-rumah-tangga-jangan-ikut-budaya-melayu-tapi-ikut-apa-yang-nabi-ajar/?fbclid=IwAR3taya0UExUrAkgb-BcBCmow2cFhy6qjPJ1k6PobCgZ5tFWsw4XCsM95xo

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *