Tips Pengantin : Wanita Ini Kongsi Sebenarnya Nak Kahwin Kat Malaysia Ni Bukan Sesenang Yang Orang Sangka

Spread the love

Nampak semuanya mudah. Semuanya indah. Asal nak kahwin, semua ingat bahagia. Tapi ramai tak nampak mana susahnya. Wanita ini kongsi sebenarnya nak kahwin kat malaysia ni bukan sesenang yang orang sangka.


Sebenarnya, nak kahwin kat malaysia ni bukan benda yang boleh macam ” ahh nak kahwin awal, lepas tu nak bajet murah murah.hantaran pun nak al Quran je ” aku kadang kadang musykil dengan anak anak muda yang update status atau buat kenyataan rambang macam ni Setakat ni dah nak dekat masuk kali ketiga aku teman org cari barang kahwin.

 


Tadi yang paling terdekat, abang aku.


Sebenarnya, walaupun kita mampu paham hakikat yg kita nak kahwin dengan harga murah murah dan ikut sunnah, tapi realitinya majlis kahwin dibuat dalam masyarakat yang tenggelam dalam adat, bukan sunnah.


Kau mmg boleh kahwin dengan kos rendah, tapi kau tenggelam dalam kemahuan masyarkat yg mahukan majlis yang meriah.


Dan utk itu, kau tak boleh salahkan org sekelliling, melainkan kau ada usaha utk educate dan terangkan elok elok pada diorang.


macam macam benda kena fikir.


duit toksah cakap, macam air.


Kau kena fikir catering ,paling murah 7-8k.

Kalau lelaki, hantaran , paling murah 5-8k.

Jurugmbar , dalam 800-1k.

Perhiasan rumah, ( cadar ,karpet,lain lain ) 1k

dulang hantaran, mas kahwin, goodies rm 500-2k

Kad hantaran paling murah rm 500

Tempah dewan , paling murah rm 200-rm 500

Paling kurang tolak tambah utk lelaki : rm 15-18 k

Perempuan : rm 8k-10k

 


persedian pulak, kau kena fikirkan lima bulan sebelum.


Utk tempah tok kadi, tempah dewan, sediakan semua jenis surat, ujian kesihatan, bla bla, dan lain lain.


Ini malaysia.


Ini realiti.


Kalau kau budak sekolah berpapa mama muah ciked,

aku nasihatkan baik kau berhenti menggatal dan celik pada kehidupan.


Kalau kau masyarakat,

kau hentikanlah tanya soalan,

“Kenapa makin bertambah hubungan luar nikah kat malaysia ni”

atau ” kenapa anak si bedah tu kahwin dekat sempadan thailand.”


Kalau kau middle 20 mcm aku yang bakal fikir benda ni,

bersabarlah,

selagi ada ruang, berjimat mana yg boleh.


kehidupan lepas nikah banyak lagi perlukan duit.


Kalau serius mahu dirikan masjid, maka berusahalah.


Kalau kau kahwin muda dan guna duit mak ayah,

Aku nasihatkan berhentilah update status yang kau kahwin bajet rendah dan ikut sunnah.


Kau tak guna pun duit kau, kau bising kau ikut sunnah…pooraahh.


Kredit : Syarifah Nadiah Syed Daud

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/wanita-ini-kongsi-sebenarnya-nak-kahwin-kat-malaysia-ni-bukan-sesenang-yang-orang-sangka-2/?fbclid=IwAR1jPo3Em3T011bYq9NlvrvfffzmdW6LMVH4PlXSSHR2wDzNieSCZw4Fup8

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *