Tips Pengantin : Kahwin Bukan Nak Porak Peranda, Bahagia Itu Perlukan Usaha Dari Suami Dan Isteri

Spread the love

Hanya ingat ‘8P’ sahaja. Nak tahu apa ‘8P’ tersebut? Jom baca ..

 

1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

Pssttt cuba kalau si suami menghadiahkan Audela atau Adore pada si isteri. Senyum sampai ke telinga si isteri.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

 

Tips yang terakhir dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah berdoa kepada Allah. Kak Dela sharekan kepada anda beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan untuk memelihara diri dan keluarga agar sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya.

 

8 DOA KELUARGA BAHAGIA DARIPADA AL-QURAN & HADIS

 

DOA 1: MEMOHON KEBAIKAN DAN DIJAUHI KEJAHATAN

“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.” (Surah Al-Hujurah: 7)

Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kamidalam golongan orang  yang mendapat petunjuk.”

 

DOA 2: MEMOHON DIBERI KECUKUPAN & MENGHADAPI KESULITAN

“Hasbi Allahu Laailahaillaa huwa’alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul ‘arshil adziiim” (Surah At-Taubah: 129)


Maksudnya: “Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”

 


DOA 3: MEMOHON DIJAUHI HASAD DENGKI & DENDAM DALAM KELUARGA

“Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim.” (Surah Al-Hashr: 10)


Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami!

Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”

 


DOA 4: MEMOHON PASANGAN & ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUK HATI

“Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama” (Surah Al-Furqan: 74)


Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

 


DOA 5: DOA MEMOHON ZURIAT YANG RAJIN MENDIRIKAN SOLAT

“Rabbij ‘alni muqimas solati wa min dzurriyyati, rabbanaa wa taqabbal du’a” (Surah Ibrahim: 40)


Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

 


DOA 6: MEMOHON PERLINDUNGAN UNTUK ANAK DARI MATA JAHAT (‘AIN)

“U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah” (Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371)

Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat.”

 


DOA 7: DOA MEMOHON CINTA & KASIH SAYANG

“Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika. (Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)


Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”

 


DOA 8: MEMOHON ZURIAT YANG BAIK

“Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.” (Surah Al-Imran: 38)


Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

 


Jika anda sayangkan keluarga anda, pasti anda akan berusaha untuk kembalikan keceriaan dan kebahagiaan di dalam keluarga anda. Jangan kerana benda yang remeh anda mengambil keputusan yang tidak rasional. Fikirkan perasaan anak-anak anda, fikirkan perasaan isteri anda, fikirkan perasaan suami anda. Si suami fikirkan bagaimana susah payah anda dahulu sewaktu ingin memperisterikan isteri anda. Si isteri fikirkan segala pengorbanan suami anda, fikirkan tentang anak-anak anda. Jangan kerana diri sendiri anak-anak yang tanggung penderitaan tersebut. Belai lah mereka dengan kasih sayang. Ikhtiar cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah. Kak Dela doakan semoga semua yang membaca entry kali ini dikurniakan kebahagiaan kepada diri dan keluarga

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/kahwin-bukan-nak-porak-peranda-bahagia-itu-perlukan-usaha-dari-suami-dan-isteri/?fbclid=IwAR1cV4sqWV1r509-E5p7uyOUoqlMM-tc5bmbmGC4fmQtr-mULPehM3sCXFs

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *