Tips Pengantin : Kawan Baik Temukan Ketika Buat COD. Siapa Sangka Kini Bergelar Suami Isteri

Spread the love

Cinta muncul tanpa diduga,perasaan hadir tatkala dua hati bertemu tanpa dirancang.


Hadirnya kenikmatan dalam sebuah ikatan perkahwinan membuatkan kehidupan berumahtangga ini lebih dirahmati hingga ke akhir hayat. Cinta itu datang dalam pelbagai cara. Mengenai pertemuan mereka ini, Asha akui, kawan baiknya temukan mereka ketika buat COD. Dan siapa sangka akhirnya menjadi suami isteri.

 

 


Perkenalan Bermula

Sebenarnya kami berkenalan menerusi kawan baik saya yang kenalkan Asraf kepada saya.Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk rapat apatah lagi menjadi suami saya pada harini. Ingat lagi pada 10 September 2015 buat kali pertama saya dan Asraf berjumpa. Ketika saya sedang buat COD (cash on delivery) barang yang saya jual. Dari situ permulaan sebagai kawan sahaja namun pada hujung Disember baru hubungan kami semakin rapat dan akrab.


Mengambil masa lima bulan sahaja untuk mengenali hati budi masing-masing, saya terus dirisik keluarga Asraf untuk ke peringkat seterusnya.

 

 

Detik Lamaran

Asraf bukanlah jenis seorang yg romantik tetapi cara dia melamar sangat simple. Di kedai tomyam selepas makan malam, Asraf menyuarakan hasratnya yang dia serius untuk menjadikan saya sebagai isteri, lalu memberitahu saya bahawa minggu depan dia ingin berjumpa ibu dan bapa saya. Masa berlalu pantas, minggu seterusnya ibu bapa Asraf datang ke rumah untuk merisik saya. Semua ini terjadi tanpa dirancang.


Perempuan mana tidak bahagia bila lelaki yang diidamkan serius mahu menjadikannya sebagai pasangan hidup. Saya ketika itu sangat gembira dan hati terbuka untuk menerima lamaran tersebut kerana saya tak berminat bercinta lama. Saya anggap ini sebagai rezeki dan jodoh yang Alah tetapkan buat saya.

 

 

Keistimewaan Pasangan

Asraf seorang yang suka buat saya ketawa.Dia bukanlah seorang yang romatik tapi saya yang lebih mengenalinya tahu, dalam hati dia romantik. Sifat bertanggungjawab dan bijak Asraf juga membuatkan dia istimewa di mata saya.


Bagi Asraf pula, ciri-ciri istimewa yang ada pada Asha ialah dia pandai membuat kerja rumah, seorang wanita yang tidak terlalu bergantung, lemah lembut dan mempunyai mata sepet.

 

 

Lokasi Bulan Madu

Kami memilih Maldives kerana suasana tempat yang tenang dan cantik sesuai untuk pasangan untuk berbulan madu dan beristirehat, dan ianya mempunyai keunikannya tersendiri. Contoh di sana ada beratus pulau yang mempunyai pemandangan berbeza-beza.

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/kawan-baik-temukan-ketika-buat-cod-siapa-sangka-kini-bergelar-suami-isteri/?fbclid=IwAR3TydcEzPTScUIrQDEB99kfnEfdql_9xr95MYaJQWkJ00zPMrH3tRcnhi8

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *