Tips Pengantin : Sayangilah Isteri Sepenuh Hati, Disebabkan Dialah Kita Menjadi Seorang Suami & Ayah

Spread the love

Buat suami, sayangilah isteri kita sepenuh hati.. Biar lah isteri kita macamana sekalipun, kita sudah pilih dia menjadi isteri, jadi layanlah dia sebaiknya.. Muliakan dirinya kerana dia sudah menjadi amanah dan tanggung jawab kita.


Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak secantik perempuan lain…Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak sehebat perempuan lain.

Disebabkan dialah, kita menjadi seorang suami dan ayah pada hari ini…dia menerima kita seadanya diri kita dengain apa yang kita ada.

 

Cuba kalau dia tak nak orang muka macam kita, nak yang hensem lagi, cuba kalau dia tak nak duduk rumah sewa, nak duduk rumah sendiri, cuba kalau dia tak nak naik motor, nak naik kereta sahaja, cuba kalau dia tak nak lelaki gaji 2 ribu, nak lelaki gaji 10 ribu, cuba kalau dia tak nak lelaki kurus, nak lelaki sado, cuba kalau dia tak nak lelaki botak, nak lelaki ada rambut.


Pasti hari ini kita masih lagi bujang atau dah pun menduda disebabkan tiada seorang pun wanita yang sanggup menerima kita dengan apa yang kita ada SEADANYA.


Maka bersyukurlah dengan isteri yang dah kita miliki kerana dia, kita jadi suami kerana dia, kita jadi ayah dan kerana dia, kita dapat mengecapi nikmat sesebuah perkahwinan.

 

 

SUMBER : https://pesonapengantin.my/sayangilah-isteri-sepenuh-hati-disebabkan-dialah-kita-menjadi-seorang-suami-ayah/?fbclid=IwAR0EUOasK7JNjLGvfj9w8Zr7sbfhEmUQs8eGPgb4R62qcbDPM3twpCtiAqI

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *