Tips Pengantin : Suami Kalau Marah Dengan Isteri Sekalipun, Tolong Jangan Buat 8 Perkara Ini Dekat Dia!

Spread the love

Suami isteri, ada kalanya baik adakalanya bergaduh. Namun, itu bukanlah sesuatu perkara yang asing lagi dalam kehidupan berumah tangga. Semua orang tidak sempurna. Jadi siapalah kita untuk menilainya. Kalau pasangan ada kekurangan bantulah mereka. Bukan mencela atau menghina.


Lelaki dan sifat panas baran memang tidak asing lagi. Oleh itu, sebagai suami anda harus mengawal sifat baran anda terhadap keluarga lebih-lebih lagi pada isteri anda. Kerana sifat baran lelaki ini tidak sama seperi perempuan.


Jika anda berada dalam keadaan marah cuba tenangkan diri dan elakkan daripada perkara ini. Kerana ia akan memusnahkan lagi rumah tangga anda.

 

#1 – Marah isteri atas kenakalan anak-anak
Anak-anak ni memang tak boleh dijangka. Bila-bila je dia boleh meletup. Tak patut isteri yang dipersalahkan atas kenakalan mereka. Sebaliknya suami yang patut ajar anak tentang adab dan disiplin.


#2 – Maki hamun sesuka hati
Isteri mempunyai memori 10 kali ganda lebih kuat dari lelaki. Sekali suami maki hamun, 10 tahun isteri boleh ingat lagi. Nak marah pun kena ada adab, cukup cakap dengan nada tegas tanpa perlu keluar kata-kata kesat. Bisa mulut ni lebih bahaya dari racun tau.


#3 – Menengking sekuat hati
Menjerit tak menyelesaikan masalah. Cakap dengan nada tegas dah cukup buat isteri sedar kesilapan dia. Fokus sekarang nak selesaikan masalah bukan menghentam isteri atas kesalahan yang dah lepas.


#4 – Beri tekanan melampau pada isteri
Jangan tambah tekanan dari yang sedia ada. Cukup jelaskan apa kesalahan mereka dan bagi cara untuk elak di kemudian hari. Wanita ni mudah stress, diorang 2 kali ganda lebih mudah  stress dari lelaki. Hati-hati jangan sampai emosi isteri koyak melampau.


#5 – Tak beri peluang isteri menjelaskan
Beri peluang isteri bercakap. Dua-dua bercakap serentak pun tak guna. Apa pun kesalahan mesti ada cerita di sebaliknya. Dapat tahu punca dapatlah selesai masalah.


#6 – Pukul jangan sekali
Ini jangan sesekali buat. Tolong tangan jangan ringan sangat naik muka, badan bagai. Itu perbuatan dayus. Lelaki patut melindungi bukan membinasa.

#7 – Buat tuduhan tanpa bukti
Seperti di beritahu tadi dapatkan penjelasan sebelum buat tuduhan. Tuduhan rambang ni buat masalah jadi teruk. Baik elakkan. Apa-apa pun utamakan dulu penjelasan dari isteri berbanding percaya cakap orang luar.


#8 – Tak bersabar
Apa-apa pun situasi suami kena banyak bersabar. Jangan marah ketika dalam keadaan penat kerana masa ni otak fikir terlalu lemah untuk berfikir, yang berfungsi otak emosi sahaja.


Keputusan berdasarkan emosi marah ni 99% ke arah negatif. Bahaya!

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/suami-kalau-marah-dengan-isteri-sekalipun-tolong-jangan-buat-8-perkara-ini-dekat-dia/?fbclid=IwAR1WSrt_-GnS34WFVOJcHZw7nRQpMQyJDTVGcanWMjLXzYkIOjfGv45Qjmw

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *