Tips Pengantin : ” Adakalanya Jodoh Tak Sampai Lagi Sebab Tuhan Nak Kau Baiki Diri Sendiri Dulu.”

Spread the love

Ada hikmahnya Allah belum temukan jodoh kau. Tapi mungkin kita belum nampak hikmahnya lagi. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi tuhan belum temukan jodoh untuk kita lagi mungkin kena DIA mahu kita baiki diri sendiri.


Adakalanya jodoh tak sampai lagi sebab Tuhan nak kau baiki diri sendiri dulu. Kalau kau asyik komplain itu ini, maki sana sini, orang pun takut nak dekat. Nak buat suami lagi lah takut.


Contohnya, lepas kahwin isteri lambat masak, isteri kena marah kaw-kaw. Tak sempat dia nak masak kau dah start enjin pergi kedai makan. Padahal isteri kau tengah sakit kepala.


Kesian isteri nanti. Ada je salah dia. Kau nampak kau je betul. Tu la kau duk maki orang je sebab kau tak nak faham situasi orang.


Kalau isteri tanya sikit mula nak tengking. Bila isteri mengadu kau rasa nak marah-marah.


Kalau bukan kau yang jadi pendengar untuk isteri, siapa lagi? Kalau isteri kuat membebel itu perkara biasa. Kalau dia tak membebel kau patut risau. Mesti ada yang tak kena.


Jadi, jangan mudah nak marah-marah, maki-maki bagai. Perangai tu kasi elok sikit. Kesian anak orang. Ayah dia pun tak pernah marah dia. Dapat kat kau, salah sikit pun nak marah.


Dah kahwin nanti, kau kena jaga hati isteri kau. Kau kena lebih sensitif terhadap dia. Kalau kau asyik marah dia je, emosi dia akan terjejas. Banyak air mata dia mengalir sebab kau.


Mana kebahagiaan yang kau janjikan saat kau bercinta dengan dia?

 

YANG PEREMPUAN PUN, BAIKILAH DIRI SENDIRI. UBAHLAH SIKAP TU. JANGAN MUDAH NAK EMO BAGAI. PAKWE BLUETICK WHATSAPP SIKIT PUN NAK BISING. BANGUN PUN DEKAT PUKUL 11 PAGI, PINGGAN SENDIRI PUN MALAS NAK BASUH PUN PAYAH JUGAK.

 

Ada hikmahnya Allah belum temukan jodoh kau. Allah nak bagi kau peluang berbakti untuk mak dan ayah. Peluang untuk kau baiki diri supaya bila kahwin nanti kau telah bersedia sepenuhnya. Mungkin juga hakikatnya kau belum bersedia meskipun kau rasa kau dah cukup bersedia. Hanya Allah tahu segala-galanya. Kau kena fikir secara positif.


Jangan duk susah hati, sedih fikir kenapa kau belum kahwin. Sedangkan kawan-kawan yang sebaya dengan kau dah anak empat. Jalan cerita hidup kita tidak pernah sama.


Jalanilah hidup seperti sedia kala. Hargai dan bersyukurlah dengan apa yang kau ada saat ini.


Teruskan usaha dan berdoa. InshaAllah suatu hari nanti kau pasti akan bertemu dengan jodoh yang kau nantikan selama ini. Sesungguhnya kita merancang dan Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah itu yang terbaik.


Jangan malu kahwin lambat asalkan tidak tersalah pilih pasangan hidup. Lambat atau cepat bukan urusan kita. Itu urusan Allah. Sabar dan rilek je. Masanya akan tiba. Yakin dan percaya.


Kesimpulannya, buka mata, buka hati. Tengok diri kita sendiri. Muhasabah diri. Berubahlah ke arah kebaikan. Baikilah mana yang kurang. Takde manusia yang sempurna. Nak kahwin ni banyak tanggungjawab yang kau perlu galas. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/adakalanya-jodoh-tak-sampai-lagi-sebab-tuhan-nak-kau-baiki-diri-sendiri-dulu-2/?fbclid=IwAR1i-Px7Is9THt4TVn1jco_3_7Qv9dTAk-zki8rH9J5bXERogJdJOLLfr9U

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *