Tips Pengantin : Tak Guna Berhutang Semata-Mata Ingin Perkahwinan Idaman

Spread the love

Perkahwinan bukanlah untuk sebuah kemewahan semata-mata, perkahwinan adalah
penyatuan antara dua cinta untuk bersatu. Sudah tentu, setiap pasangan mengimpikan perkahwinan impian masing-masing. Namun, adakah berbaloi jika perkahwinan impian anda itu dihantui dengan ‘hutang’ semata untuk nampak kemewahan yang ada.


Bagi bakal pengantin, perkara ini adalah satu pembaziran yang tidak patut anda bebani untuk memasuki ke alam rumah tangga. Ikuti perkongsian daripada Puteri Kasim tentang bagaimana beliau menguruskan hal perbenlanjaan perkahwinannya.

 

Kakput just nak kongsikan apa yang kakput dah buat 3 tahun lepas dan kakput rasa berbaloi untuk kakput kongsi pada semua bakal mempelai yang nak mendirikan rumah tangga. Ramai sahabat yang terputus ditengah jalan tak sampai 5 tahun perkahwinan masih menanggung hutang kahwin yang menggunung. Nauzubillah minzalik…

 

1. Rancang betul-betul
Survey itu ini dan terhadkan perbelanjaan, jangan buat preparation last minutes. Selalunya last minit ni yang sauk je mana ada. End up over budget.

 

2. Buat ikut kemampuan
kalau mampu buat 10 talam makanan, jemput untuk 10 talam je, tak perlu berlebihan, buat loan bukan jalan yang bijak untuk mulakan kehidupan baru sebagai suami isteri, banyak dugaan menanti kat depan. Takkkan anak da masuk tadika, hutang tak habis lagi bayar. Choose wisely. Ikut kemampuan bukan nafsu. say NO to loan.

 

3. Baju nikah RTW
Baju nikah beli kain and tempah je kat makcik tukang jahit asalkan cantik, sekarang butik btuik pun banyak jual baju RTW yang dah macam baju kahwin atau beli siap kat jalan tar, kos sewa dan beli lebih kurang je. lepas nie blh buat sewa untuk next bride pulak.

 

4. Hantaran dulang
Masa kakput dulu kakput tak buat dulang dulang ni. Kitorang terus beli barang rumah sebelum kahwin. Katil , peti ais, semua hantaran kakput buat beli barang rumah. Itu pun ambil yang biasa biasa je janji ada. Biasa masa tunang kita da berbalas dulang, nikah buat simple je. Ala lepas kahwin beli lah apa nak beli.

 

5. Pelamin
Pelamin ambil yang simple and nice, yang budget bawah RM1,000 pun ada. Ambil Pelamin biasa biasa je. kalau ada promotion lagi bagus. Khas untuk tangkap gambar kan?

 

6. Shoot and burn
Photographer amek yang shoot and burn, buat wedding album bagai, bukan nak tengok hari hari pon, akhirnya berhabuk, simpan je dalam hard disk, nak buat frame cuci and buat frame, jimat !

 

7. Duduk berbincang dan fahamkan
Duduk dan bincang elok elok dgn family, nak buat yang wajib sahaja. Supaya tak membebankan kedua-dua pihak. explain well kat family, mula mula mungkin tak faham, jikatak faham juga buat lah perbentangan budget . Islam mu dah dan tak membebankan, my parent just nikah tanpa majlis gah and stay for 45years sampai nafas terakhir abah, alhamdulillah. Jangan sebab hutang masa kahwin ni jejaskan hubungan kita suami isteri lepas kahwin.

 

8. Sama sama simpan duit
Please simpan duit, kalau korang suruh lelaki simpan RM10,000 utk hantaran, korang patut simpan RM10,000 juga untuk kenduri belah korang, supaya tak kering selepas kahwin, duithantaran gunaka n sebaik mungkin untuk perabot rumah dan deposit rumah.

 

9. Jangan terlalu nak ikut trend dan angan-angan
Back to reality tak ade orang nak sponsor kau pon hahaha. yang mak mak jangan ikut cakap orang sampai anak sendiri tercekik, jgn gunakan alasan sekali seumur hidup. Tak semuaorang kahwin sekali  ya, ingat tu.

 

10. Duit hantaran bukan hak milik keluarga
Jangan gunakan duit hantaran untuk majlis. duit hantaran khas untuk memulakan hidup baru dan hadiah si suami kepada isteri, ramai yang salah dan menggunakan duit hantaran untuk majlis, end up lepas kahwin asyik bertengkar sebab duit.

 

11. Mak-mak jangan tekan anak sangat
Kalau makcik yang nak belanja, itu terserah kat makcik, ikut kemampuan je makcik. nie paksa anak mengalahkan anak gaji 5 angka . Kite permudahkan mana yang patut dipermudahkan. Asalkan dah halal.


A PERFECT WEDDING NOT PROMISE A PERFECT MARRIAGE

 

 

 

SUMBER : https://pesonapengantin.my/tak-guna-berhutang-semata-mata-ingin-perkahwinan-idaman/?fbclid=IwAR37uvhPqNgzrX_A8NGN7A1VoSSWPhOUR3jnyOyx_0nyd62NkF56U7Oas_Y

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *