Tips Pengantin : Bila Isteri Suka Bandingkan Suami, Dalam Diam Suami Terluka

Spread the love

Apabila anda sudah bersetuju untuk menerima pasangan bagi menjalani kehidupan bersama, anda seharusnya sudah bersedia untuk menerima segala kekurangan pasangan. Jangan pernah membanding-bandingkan suami anda dengan orang lain, ianya pasti akan mengguris hati suami anda.


Setiap manusia diciptakan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, jika anda membanding-bandingkan ianya bermakna anda telah mempersendakan ciptaan Allah s.w.t. Mungkin anda tidak tahu, purata penceraian itu berlaku salah satunya adalah kerana si suami rasa rendah diri dan tidak sanggup bersama isteri kerana sering dibanding-bandingkan.


Kedengaran seperti agak lucu, tetapi itu lah hakikatnya.


Apabila isteri sering menjatuhkan maruah dan sering membuat perbandingan, suami rasa tercabar dan berfikir bahawa adalah lebih baik mereka melepaskan daripada dibanding- bandingkan.


Bagi sesetengah isteri, ianya seperti satu gurauan bagi meriuhkan suasana. Mungkin sekali atau dua kali itu tidak mengapa, namun jika setiap kali berbual anda menyindir, sudah pasti egonya mula tercalar. Jangan terkejut jika suami anda yang dulunya seorang pendiam tibatiba bertukar wajah!


Membanding-bandingkan adalah salah satu perbuatan buli yang ringan. Ianya tidak
mencederakan fizikal, tetapi menyerang mental. Sesiapa sahaja tidak suka dibandingkan.


Terima pasangan anda dengan hati terbuka.
SUMBER : bukanaku.com

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/bila-isteri-suka-bandingkan-suami-dalam-diam-suami-terluka/?fbclid=IwAR3_wQsfGw5AOVa9nBxDlZs3tSn1gm8Uvqceex2edXfBHUvep1_RbJdkuDc

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *