Tips Pengantin : “Wahai Abah..Kite Akan Jaga Abah Sampai BilaBila Ya..” Luahan Syahdu Elly Mazlein

Spread the love

Semakin diulit kebahagiaan, itulah kini yang sedang dirasai pelakon Elly Mazlein, selepas mendirikan rumah tangga bersama seorang guru Geografi, Mohamad Azlan.
Umum sedia maklum, sebelum berkahwin pelakon tersebut hanya ditemani oleh anak perempuan dan ayah, yang selama ini menjadi penguat semangatnya.


Sayang dekat menantu…


Dalam entrinya, Elly seronok melihat hubungan baik antara ayah dan suaminya kini. Boleh dikatakan, ayahnya sangat menyayangi Azlan dengan memberikan layanan baik buat menantunya.


“Tunggu menantu balik sekolah utk makan sekali ,cerita isu semasa, kerap WhatsApp
menantu ,bagi hadiah dekat menantu…”


Semakin diulit kebahagiaan, itulah kini yang sedang dirasai pelakon Elly Mazlein, selepas mendirikan rumah tangga bersama seorang guru Geografi, Mohamad Azlan.


Umum sedia maklum, sebelum berkahwin pelakon tersebut hanya ditemani oleh anak perempuan dan ayah, yang selama ini menjadi penguat semangatnya.

 

Wahai abah tercinta…


Malah, Elly juga sempat menzahirkan rasa sayang dan bersyukur, kerana ayahnya sentiasa menasihatinya supaya menjadi seorang isteri yang terbaik.


Sebagai seorang anak, Elly menghargai segala jasa dan pengorbanan ayahnya sejak dia dilahirkan sehingga dewasa. Justeru, Elly tetap akan sentiasa menjaga ayahnya, meskipun sudah mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri.

 

Sumber: Instagram Elly Mazlein


Sebak pulak baca…


Luahan hati pelakon drama Kampung People itu, telah menyentuh emosi para pengikutnya.


Ramai yang sebak membacanya kerana dapat membayangkan, betapa besar nilai kasih sayang seorang ayah.
Sumber: Elly Mazlein

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/wahai-abah-kite-akan-jaga-abah-sampai-bila-bila-ya-luahan-syahdu-elly-mazlein/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *