Tips Pengantin : Suami Layanlah Isteri Masa Dia Tengah Bercakap, Otak Boleh Jadi Geliga

Spread the love

Wanita dan bercakap memang tidak boleh dipisahkan. Kalau seharian tidak bercakap, seakan tidak lengkap hidup mereka.


Lihat sahajalah dalam rumah tangga, antara suami dan isteri, kebiasannya isterilah yang banyak bercakap sehingga perbuatan mereka ini dilabel sebagai membebel.


Tapi tahukah anda para suami, melayan isteri bercakap boleh membuatkan otak anda lebih bergeliga?


Ya, kenyataan ini dibuat hasil daripada kajian Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

 

Wanita boleh bercakap sekurangnya 20,000 patah perkataan sehari, lebih tiga kali ganda bilangannya daripada orang lelaki iaitu 7,000 patah perkataan.


Disebabkan itulah semakin kerap anda (para suami atau lelaki) mendengar celoteh daripada si isteri, semakin bergeliga otak anda berbanding semasa anda berbual dengan rakan-rakan lelaki anda.


Berbual dengan wanita memaksa otak lelaki untuk memproses 20,000 maklumat sekaligus dan membuatkan mereka mampu berfikir dengan lebih cepat, malah mendapatkan pelbagai maklumat.


Sebab inilah kalau para wanita bercakap, jangan pintas. Biarkan mereka dan layan sahajalah kerana pada setiap hari ada kuota yang perlu mereka perlu penuhi.


Jadi untunglah kalau anda ada isteri yang petah bercakap. Mana tahu makin lama makin bergeliga otak anda nanti.

 

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/suami-layanlah-isteri-masa-dia-tengah-bercakap-otak-boleh-jadi-geliga/

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *