Tips Pengantin : Langkah Bendul, Kakak Belum Kahwin Bolehlah Minta Hadiah

Spread the love

Apakah hukum adat langkah bendul, sebab ada kawan saya yang tidak dibenarkan kahwin oleh ibubapanya kerana kakaknya belum berkahwin.

Ustaz Azhar Idrus:
Tidak ada pantang larang langkah bendul dalam hukum syarak. Yang ada, siapa dah ada jodoh dia kahwin dulu.

Masalahnya kita ni jenis budaya dulu agama kemudian. Hukum syarak no dua, kebudayaan no satu! Inilah budaya yang tidak patut kita amalkan dalam masyarakat.

Adik berkahwin dulu adalah sesuatu yang menyentuh perasaan bagi sesetengah kakak.

Yalah, terpaksa menjawab soalan bertalu-talu orang lain “Bila nak kahwin? Adik sudah” – dan bermacam lagi yang ditanggung.

Maka diadakan satu bentuk aturan kebiasaan (adat resam), iaitu adik berilah hadiah kepada kakak sebagai . . .


TANDA PENGHORMATAN, TANDA KASIH!



Kepada Yang Bergelar ‘Kakak’
Jika adik anda memaklumkan kepada anda dan keluarga untuk berkahwin dengan pasangan pilihannya sedangkan anda sendiri belum berkahwin, kami sediakan beberapa tip ini.

 


1. Sokong Niat Mereka
Walaupun adik anda bertemu jodoh dahulu berbanding dengan diri anda, sokonglah niat mereka untuk berkahwin awal. Berkahwin adalah lebih baik bagi mereka daripada keluar berdua tanpa ikatan yang halal dan sah. Pada masa inilah sokongan keluarga amat diperlukan.


2. Jangan Susahkan Perkahwinan Dengan Meminta Hadiah
Selain itu, jangan meminta hadiah atau sesuatu daripada adik dan bakal pasangannya sebagai ganti mereka berkahwin dahulu. Ini sebenarnya akan menyusahkan adik kita dan bakal pasangannya. Jika mereka mampu dan memang berhajat untuk memberikan hadiahkep ada kita, tidaklah menjadi kesalahan.

Bayangkan berapa banyak wang yang akan dibelanjakan untuk perkahwinan nanti. Jika kita meminta hadiah, maka mereka terpaksa mengeluarkan duit untuk membiayai hadiah ‘wajib’yang kita minta tadi. Bukankah itu membebankan adik anda dan bakal pasangannya?


3. Minta Adik Doa Supaya Bertemu Jodoh
Seterusnya, minta kepada adik anda dan bakal pasangannya untuk mendoakan diri anda supaya juga bertemu dengan jodoh yang baik. Usah berkecil hati dan terasa dengan adik anda yang bertemu jodoh dahulu. Siapa tahu dengan keikhlasan anda dan doa daripada adik anda tadi akan memudahkan urusan jodoh anda kelak. Insya-Allah.


4. Berkiran Positif Dan Doakan Kebahagiaan Mereka
Jangan sesekali berfikiran negatif. Betulkan ‘mindset’ anda dengan selalu berfikiran positif.

Apabila anda positif, maka anda tidak akan bersedih hanya kerana adik anda kahwin dahulu sebelum anda. Mungkin jodoh anda belum sampai. Setiap orang ada ‘bahagian’ masingmasing yang telah ditentukan Allah S.W.T. Teruskan berusaha untuk meneruskan misi anda mencari pasangan di samping doa kepada-Nya. Mudah-mudahan bertemu jodoh yang baik.

 

 

SUMBER : https://www.pesonapengantin.my/langkah-bendul-kakak-belum-kahwin-bolehlah-minta-hadiah/?fbclid=IwAR0rjBOyJJ4K-WyKHtDawyhuNBRhmq3kFMZQp0WH36Sj6igGgZpLHVN5sTs

Post navigation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *